Sunday, January 13, 2013

RAFIZI JAMBU ENGGAN MINTA MAAF DAN SEDIA DISAMAN



Dengan bongkak dan sombongan, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli sedia untuk disaman sekali lagi oleh pemimpin UMNO atas dakwaan wujudnya penyelewangan dalam dana Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Terdahulu, Rafizi Ramli ketika ini sedang menghadapi tuduhan daripada Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Jalil berhubung NFC.

Sehubungan itu katanya, beliau sekali lagi bersedia untuk menghadapi saman dibawa oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

"Saya sudah pun menghadapi saman pemimpin UMNO. (Jadi) saya tidak ada masalah untuk menghadapi satu lagi kes.

"Itu hak dan terserah kepada Datuk Zahid jika mahu membawa kes saman... saya tidak ada masalah untuk menghadapi saman beliau jika dibawa.

Zahid telah melantik peguam bagi mendakwa Rafizi di mahkamah berhubung kes itu, jika tidak memohon maaf dalam masa terdekat.

Beliau menyifatkan tuduhan Rafizi bahawa beliau menyalahgunakan kuasa dengan menyelewengkan dana LTAT bagi pembelian tanah bernilai RM160 juta oleh sebuah anak syarikat LTAT, Boustead Holdings Sdn Bhd, sebagai melampau.

“Tuduhan itu melampau kerana mengaibkan saya. Fakta yang dikemukakan tidak benar sehingga menimbulkan keaiban kepada pengurusan LTAT.

Zahid berkata, tuduhan itu adalah cubaan menghakis kepercayaan pencarum kepada pengurusan LTAT, walaupun pembelian tanah itu dilakukan oleh anak syarikat LTAT.

Beliau mencabar Rafizi melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai tuduhan itu.

Jika enggan berbuat demikian, maka tidak ada cara lain kecuali membawa isu ini ke mahkamah bagi membersihkan nama dan imej yang telah dicemari pemimpin PKR. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger