Thursday, January 3, 2013

RAKYAT SARAWAK DIGESA KEKALKAN KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN POLITIK PADA TAHUN 2013 – ABDULLAH SAIDOL



Ketibaan tahun 2013, rakyat Sarawak harus menolak pihak yang rakus mengejar kuasa politik dengan menggunakan pendekatan yang boleh menimbulkan prasangka buruk, fitnah melampau dan pembohongan sehingga menghuru-harakan negara.

Ini ditegaskan Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri, Abdullah Saidol semasa ditanya mengenai keazaman tahun 2013 terhadap kancah politik Sarawak yang akan menghadapi PRU-13 yang dijadualkan akan diadakan pada tahun ini.

Perbuatan seperti menimbulkan prasangka buruk, fitnah melampau dan pembohongan sehingga menghuru-harakan negara bukan sahaja menggugat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum tetapi menjejaskan perkembangan ekonomi negara.

“Kita harus mengekalkan keharmonian dan kesefahaman dalam masyarakat majmuk.

“Ini adalah tanggungjawab bersama. Perpaduan adalah juga satu bentuk khazanah yang boleh kita wariskan kepada generasi seterusnya.

“Oleh itu kita harus menolak mereka yang rakus mengejar kuasa politik dengan menggunakan pendekatan yang boleh menimbulkan kesan negatif kepada negara dan rakyat.

Sebagai sebuah negeri yang terbesar di Malaysia dan mempunyai lebih 75 suku kaum, rakyat Sarawak wajar menikmati keamanan dan kesejahteraan sama ada dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.

ADUN Semop itu menambah, beliau amat berharap pada tahun 2013 ini semua rakyat berbilang kaum dan agama dapat bekerja sama dan bermaruah demi negara tercinta.

1 komen:

  1. Kami mahu sausana yg lebih aman dan selesa serawak hak siapa skrg tunggu pru 13

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger