Friday, January 18, 2013

ROSMAH DAH BERSUMPAH, KAK JIJAH BILA LAGI MAHU BERSUMPAH JAM OMEGA?



Isu hangat cincin yang nilainya RM24 juta yang dikaitkan dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor suatu ketika dulu telah dijadikan modal hangat Pakatan Pembangkang untuk menyerang imej Najib Razak dan keluarga. Isu ini jika pembaca masih ingat telah direkacipta calon PKR di Parlimen Jelebu, Che’gu Bard.

Setelah sekian lama Pakatan Pembangkang membongkarkan ‘rahsia’ pemilikan cincin RM24 juta yang dikatakan milik Datin Seri Rosmah Mansor, akhirnya empunya diri meleraikan ‘fitnah’ dengan berani bersumpah bahawa cincin itu tidak ada di tangannya.

“Saya berani sumpah…saya berani sumpah waallah cincin itu tidak ada di tangan saya langsung”.

Beliau berkata demikian di hadapan balu-balu tentera malam tadi apabila beliau dengan beraninya telah bersumpah kerana Allah SWT yang beliau tidak mempunyai cincin berlian seperti yang didakwa pihak pembangkang.


Mungkin sudah tidak sanggup menanggung tomahan serta fitnah setiap hari berkaitan kemasukan cincin bernilai RM24 juta ke Malaysia yang dikatakan milik beliau.

Isu cincin berlian RM24 juta yang didakwa milik Rosmah dan kemudiannya diputarbelitkan oleh puak-puak Pakatan Rakyat timbul apabila rekod menunjukkan nama isteri pemimpin nombor satu negara itu dimuatkan dalam ruang penerima dalam borang pelanggan.

Bagaimanapun, perkara itu ternyata salah satu agenda politik Pakatan Pembangkang dalam usaha untuk menjatuhkan Najib Razak dan keluarga dengan membuat fitnah terhadap Rosmah.

Menurut beberapa laporan, kehadiran cincin berlian yang bernilai RM24 juta itu sebenarnya dibawa masuk Malaysia atas tujuan ada pameran sulit.

Setelah sekian lama berdiam diri, lantas Rosmah hari ini mengambil tindakan nekad dengan melafazkan sumpah demi Allah swt bagi membersihkan namanya yang telah difitnah.

“Tak kisahlah apa mereka nak cakap…biarlah mereka nak buat dosa maka biarlah mereka buat dosa…kita ni sabar sahajalah.

“Selagi saya boleh sabar saya akan sabar…saya tahu agenda mereka yang utama adalah untuk menyerang saya Rosmah dari pelbagai sudut termasuklah isu cincin ini.

Nak tunggu pula selepas ini apakah Kak Jijah akan bersumpah pasal dia masih menyimpan Jam Omega milik Anwar Ibrahim? 

1 komen:

  1. Datin seri tlalu bsabar dengan tomahan dan kejian pyokong pmbangkang,kalau ini dibiarkan sahaja dengan bsabar akhirnya sabar itu memakan diri sendiri dan juga kpimpinan dato seri..

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger