Wednesday, January 2, 2013

SALAHUDDIN AYUB MAHU JAKIM TIDAK TERLIBAT DALAM POLITIK



Apakah Amanat Haji Hadi itu isu politik? Walhal isu Amanat Haji Hadi itu adalah isu sejagat umat Islam di Malaysia yang selama ini telah menghancurkan perpaduan Islam di Malaysia.

Untuk itu, PAS menerusi Setiausaha Agungnya, Salahuddin Ayub mengingatkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya tidak menjadi alat permainan politik mana-mana pihak tertentu dalam isu Amanat Haji Hadi.

Hebat sungguh PAS ini hingga sanggup memberikan amaran kepada JAKIM untuk tidak menyiasat Amanat Haji Hadi yang didakwa telah menghancurkan perpaduan umat Islam di Malaysia.

Salahuddin juga mempertikaikan tindakan JAKIM yang mahu memanggil Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berhubung Amanat Haji Hadi itu walaupun telah berlalu sejak 30 tahun lalu.

Dalam tempoh itu, tiada seorangpun pemimpin PAS yang terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi itu mahu tampil ke hadapan untuk bercakap dan menerangkang mengenai kesan Amanat Haji Hadi sehinggalah sebuah buku ditulis oleh C.N al-Afghani bahawa puluhan ribu pengikut parti itu masih berpegang kepada Amanat Haji Hadi.

Dengan bongkak Salahuddin mengatakan tiadanya perpecahan orang Melayu hanya disebabkan amanat itu. Lihat sahaja hari ini, orang Melayu masih sama, tiada perbalahan seperti yang dikatakan. Kenyataan itu nampak sangat Salahuddin tidak baca akhbar yang kebanyakan bekas pemimpin PAS menceritakan bagaimana kesan negatif yang diterima mereka selepas terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi.

5 komen:

  1. Bagaimana pula Islam dijadikan alat permainan politik PAS? Sepatutnya Islam tidak dijadikan alat permainan pokitik mana2 parti politik.

    ReplyDelete
  2. Mangkuk ni memang buta hati...

    Bodoh dan bebal....

    Buat bodoh aje....memang bodoh pun!!!

    Macam ni punya pemimpin yg PAS ada!!!! haprak!!!

    ReplyDelete
  3. bila org bodoh yang x tau bezakan mana politik ngn mana isu Islam, nie lah jadinya.
    tanya dia, neek najiees ke yg jaga sorga neraka?
    neek najiees ker yang tentukan dosa pahala?
    neek najiees ker yg tentukan perkara berkaitan Islam?
    neek najiees pun bahalol psl Islam, sbb kalo dia tahu berkaitan islam, dia x merendahkan taraf Nabi mcm mat2 kampung,x buat sorga neraka mcm bapak dia punya, x der kuasa dia tentukan sokong parti lain jadi kufur..
    bodonya neek najiees nie..

    ReplyDelete
  4. pemikiran dia..amat celaru dan penoh kesesatan yg menyesatkan yg lain...

    Ini persoalan pokok dalam Agama yg perlu ditangani pihak yg arif lagi berothoriti..dibawah kuasa Raja Raja Melayu..

    Bukan politik semata mata...
    Sunggoh bebal yg amat pemimpin PAS yg konon pejuangkan Islam..

    Inilah ancaman kemusnahan ... kalau diberi org yg bukan ahli untuk bercakap hal yg dia jahil...lebih teruk dari kes Nor Izzah ..

    Wahai ibubapak nya... ajarlah anak kamu perkara yg benar..masih belum terlambat....

    ReplyDelete
  5. JAKIM tidak perlu campur urusan politik? Kalau betul ini permintaan pemimpin PAS maka dengan sendirinya amanat itu akan tertolak dan wajib ditarik balik. Di dalam amanat itu sendiri ada menyatakan " kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku".

    Jika JAKIM yg merupakan badan yg bertanggungjawab tentang urusan agama islam tidak boleh mencampuri urusan politik bukankah itu sudah dikira politik suku agama suku? Lalu mana satu yang betul untuk diikut?

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger