Thursday, January 10, 2013

SAMBUTAN LUAR BIASA ANWAR IBRAHIM DI SARAWAK MENGGERUNKAN BN SARAWAK



Lawatan Anwar Ibrahim ke Sarawak pada 5 hingga 6 Januari lepas memberikan khabar gembira kepada penyokong PKR dan Pakatan Pembangkang di Sarawak. Ini diakui sendiri pemimpin PKR Sarawak yang sememangnya menunggu kehadiran Anwar Ibrahim dan Zuraida Kamaruddin dalam lawatan mereka selama 2 hari itu sebagai menghangatkan lagi suasana politik di Sarawak.

Hadirnya Anwar Ibrahim dan Zuraida Kamaruddin maka munculnya pesta ‘fitnah memfitnah’ dan serangan peribadi ke atas pemimpin BN serta peluang terbaik pemimpin Pakatan Pembangkang Sarawak untuk naik ke pentas dan berceramah menggunakan ‘skrip’. Jika tiada lawatan Anwar Ibrahim mahupun Pakatan Pembangkang Pusat, sememangnya politik Sarawak sepi dan sunyi daripada fitnah dan serangan peribadi.

Bagi BN Sarawak kehadiran Pakatan Pembangkang adalah suatu malapetaka yang cukup besar kerana dipercayai memberikan impak negatif ke atas sokongan terhadap BN lebih-lebih dengan kehadiran penonton yang ramai dalam sambutan Ceramah Merdeka Rakyat bersama Anwar Ibrahim dan Zuraida Kamaruddin di Limbang, Baram, Bau dan Samarahan.

Kesempatan ini juga membolehkan Pakatan Pembangkang menyebarluaskan informasi dan maklumat Pakatan Pembangkang di alam maya menerusi kumpulan media sosial Pakatan Pembangkang. Lihat saja Ceramah Merdeka Rakyat, mereka ini cepat dan tangkas dalam mengupload gambar dan maklumat ceramah untuk tatapan pembaca alam maya.


Difahamkan BN Sarawak mempunyai Unit Media Baru (UMB) BN Sarawak, tetapi tiada satupun berita atau maklumat yang boleh menangkis dakwaan pemimpin PKR seperti Anwar Ibrahim dan Zuraida Kamaruddin pada malam Ceramah Merdeka Rakyat itu. 

Apakah UMB masih ‘wujud’ dalam alam maya di Sarawak? Jika ada, apakah mereka masih relevan dalam konteks dan saat ini? Apakah UMB BN Sarawak masih menggunakan strategi lama dengan hanya bertahan tanpa menyerang? Apakah mereka tidak sedar bahawa Pakatan Pembangkang kini menyerang UMB BN Sarawak dengan mengadakan seberapa kerap ceramah dan menyebarkan maklumat dan isu yang mampu membuatkan rakyat terpengaruh. 

Mengikut statistik tidak sampai sebulan, Pakatan Pembangkang Sarawak telah mengadakan Ceramah Merdeka Rakyat 3 kali ceramah dengan menjemput Che'gu Bard, Rafizi Ramli dan terbaru Anwar Ibrahim dan Zuraida Kamaruddin. Pastinya selepas ini akan lebih ramai pemimpin Pakatan Pembangkang akan turun ke Sarawak dan Sabah khususnya Lim Guan Eng dan LIm Kit Siang serta Abdul Hadi Awang dan juga Mat Sabu sebaik sahaja mereka selesai mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dijadualkan pada 12 Januari 2013.

Seperti 'sesuatu' yang sedang berlaku tanpa sebarang tindakan lihat sahaja bagaimana selepas Ceramah Merdeka Rakyat berakhir dan sehingga artikel ini ditulis tiada langsung usaha untuk menjawab tohmahan PKR dan Anwar Ibrahim. Yang ada hanyalah sekumpulan kecil Bloggers Anak Sarawak™ ® yang membuat liputan eksklusif bersama gambar dan video (dalam proses pembikinan). Itupun hanya untuk bersuka-suka kerana mereka tidak diberikan peranan dan tanggungjawab untuk menangkis dakwaan Pakatan Pembangkang kerana tidak mempunyai kemahiran khusus seperti mana UMB BN Sarawak.

Untuk itu sebagai blogger yang tidak mempunyai sebarang peranan dan kemahiran, marilah sama-sama UMB BN Sarawak perkemaskan kelemahan yang ada terutama yang membabitkan kepercayaan dan keikhlasan untuk berjuang. Jangan hanya kerana ‘masalah kewangan’ maka kepercayaan dan keikhlasan itu dikorbankan. 

Ingatlah bahawa di mana langit ku pijak di situ langit ku junjung. Dan, jika tidak pun fikir-fikirkanlah masa depan anak dan cucu cicit kita kelak untuk mengecapi kehidupan yang lebih baik di masa datang di bawah pemerintahan BN dan Najib Razak.

24 komen:

  1. Sama-sama bro.. Ini bukan nak cari kesalahan sapa-sapa tetapi lebih kepada kritikan untuk menyedarkan kita semua betapa PRU-13 sudah semakin hampir. Tatkala lawan (Pakatan Pembangkang) sudah kerap kali datang dan menyebarluaskan maklumat yang salah kepada rakyat.

    Sudah tidak ada masa lagi untuk bermimpi mahupun bergurau senda kerana masa semakin mencemburui dan hampir.

    Demi kesejahteraan bersama dan juga demi agama, bangsa dan tanahair, sama-samalah kita menjaganya daripada dirampas penyagak-penyagak yang dahagakan kuasa politik.

    ReplyDelete
  2. Jangan ketinggalan zaman - anda mesti faham, itu lah yang di sebut KEBANGKITAN RAKYAT. Jangan masih ber anggapan bahawa rakyat buta tuli tidak menyedari tentang keburuk kan pemimpin2 BN/UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kbangkitan wak luu.. buruk2 bn pun tak seburuk akhlak kaki jobor,kaki carut,kaki hasut,erogan dan lain2 yg swaktu dgnnya.. hisssshhh...

      Delete
    2. oii..wak labu...ni bukan kebangkitan rakyat...ni yahudi nak menguasai malaysia...tu pun masih buta ker..?

      Delete
    3. Wak...nak bgitau kat wak, rakyat S'wak ada akal la..bukannya membabi buta..buat kecoh sana sini. Pembsksng hanya pandai merosakkan pemikiran je..takde buat benda2 yang baik pun. Turun padang konon,tp tabur fitnah. Bukannya nak tunai janjipun. hampehhhhhhhhhhhhhhh

      Delete
  3. MP BN swk yg perlu buka mata! Buat kerja! Jgn kedak roti cookies kejap timbul lamak tengelam ujung rakyat pun sik ingat sapa MP mereka! Kedak MP samarahan ya. Lebih ingat akan nuar yg pasti hanya maok undi dan adalah yg numpang seperahu untuk merasa JD MP! Kenak? Sebab sidak PR lebih nyaring sora menjual perjuangan mereka dari MP BN SWK. Perlu turun padang paper blog tv jng fikir semua nanggar. Saluran tv bnyk n pilihan sik ada or nanggar gilak berita n blog coz access internet sek menyeluruh. walau ada kpg tanpa wayar tapi cuma ada line sekitar 150 kaki ya pun dihalaman rumah pengulu or kk jak. Sekadar to provide input dari point zero zero zero one suara grass root n plz think of it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju!bn perlu agresif!!if not,bn will be the the next opposition after pru13.leader tolong bukak mata!

      Delete
    2. POLITIK SWK MUDAH JER BN LETAK APA PUN BISA MENANG TAK PAYAH KECUH2

      Delete
  4. pencerahan yang menarik...
    semoga ada tindakan susulan dari BN/UMB sarawak.

    selamat berjuang

    ReplyDelete
  5. Maaf cakap...

    Pemimpin fuckatan tiada kerja tetap hanya berjalan-jalan sambil tabur fitnah. Tapi pemimpin BN banyak sangat kerja sampai tak sempat nak pantau anak buah buat kerja atau tidak!

    Biasanya orang datang nak dengar cerita sahaja, mereka tahu itu cuma fitnah dan janji kosong. Tapi kalau tak cegah nanti fitnah jadi benda yang dipercayai.

    ReplyDelete
  6. rasanya bn pusat kali ini kalau tak tumbang, menang sangat tipis je...

    ReplyDelete
  7. kalau baju dah lama ganti la dengan baju baru.. itu amalan baik kan.. macam tu la jugak politik sarawak... anak sarawak ambil peranan ganti baju baru politik sarawak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau baju lama masih cantik dan belum koyak kenape harus diganti.Adakah Sarawakian mahu ganti dgn baju murahan baju yang ada logo Aljubori

      Delete
    2. hoi proffads...ko ni suka main bontot gak ker? ataupun ko ni ejen yahudi...kalu ko nak tukar baju boleh..tp tukar la yang lebih baik..bukan tukar baju yg bocor sana-sini yg anwar dah tibai ngan anu dia...

      Delete
  8. kalau orang Sarawakian undi PR, bermaana Sarawakian suka main bontot, macam bos awak Anuaraljubori

    ReplyDelete
  9. Sarawakian jangan tergoda dgn Anuaralljubori-janji dekat semenanjung pun belum dilaksanakan ini kan pula di Sarawak.Lidah biawak diharap Sarawakian tidak terpedaya dengan manusia ni. di negeri SElangor satu janji pun tidak ditunaikan

    ReplyDelete
  10. orang Sarawak tahu apa yang terbaik untuk mereka...jangan risau...

    ReplyDelete
  11. Hidup BN.. Anuari al juburi.. Maju kan permatang paoh dulu.. Jgn sibuk nak kacau negeri org lain, Kat Selangor dah berbalah berebut untuk dicalonkan pru13 nanti. Mcm tu nak pegang msia.. Janji pilihanraya 2008 pun byk yg x ditunaikan.. Tgk nasib ibu tunggal di Selangor. Janji kosong.. Teringn sgt nak jd PM. Ada makna tu. Kalo ang jd PM abis la tergadai Msia ni..

    ReplyDelete
  12. Kalau hampa dok kata orang, mencaci mcm2 tak yah la.. x dak pekdah apa-apa pun tobatlah.. bagi anwar peluang untuk bawa perubahan kat malaysia nie... Hampa ingat najib tu baguih ka.. dia pun teruk juga, cuba la hampa korek cerita pasai dia dok kongkek anak dara orang.. mesti jumpa punya.... tapi hampa dok kata kat sebelah pihak.. x relevan langsung

    ReplyDelete
  13. Setakat bohong belum mampu mengalahkan BN.Setiap calon PR kena ada video TERsendiri baru boleh menang, Walaupun benar rakyat takan percaya malah berlipat kali ganda yang menyokong.
    Kalau tak tahu belajarlah dari orang yang berpengalaman.Cuba kita tengok semua yang ada video adah orang yang tertinggi dalam parti mereka Saya tak bohong itu kenyataan.

    ReplyDelete
  14. BN yang paling sesuai di sarawak sebab langsung tak mengutip cukai dari tanah orang bumiputera sarawak.
    BN faham bahawa kita tak mampu bayar cukai tanah sedangkan cukai pintu banyak yang tak mampu bayar.Kalau kita kaji betul betul DAP PKR lah sebenarnya yang ingin mengambil tanah kita bumiputera. Senang sahaja DAP ambil tanah kita dengan menaikkan cukai tanah kita sekiranya kita tak mampu bayar maka tanah akan dirampas. Setakat mana kita mampu bertahan membayar cukai tersebut.Kalau susah baru minta tolong BN.

    ReplyDelete
  15. Terima kasih aki TAIB kerana tak kutip cukai tanah orang kampung dari dulu lagi.Nasib baik BN memerintah sarawak .Kalau parti dari semenanjung memerintah tak tahu apa jadinya.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger