Wednesday, January 2, 2013

SEBAR ‘AJARAN SESAT’ABDUL HADI AWANG WAJAR DITAHAN



Amanat Haji Hadi bukan berunsur politik sebaliknya isu agama yang wajar diberikan perhatian seperti mana yang dilakukan ke atas beberapa pertubuhan haram yang membawa ajaran sesat. Kemunculan Amanat Haji Hadi ini hanyalah atas keinsafan bekas pemimpin PAS yang berani tampil memberikan penjelasan bagaimana Amanat Haji Hadi itu telah merosakkan akidah dan pegangan agama Islam mereka selama ini.

Ditanya kepada golongan dewasa dan belia hari ini, mereka tidak tahu akan Amanat Haji Hadi memandangkan ianya berlaku ketika masih kecil. Dan, kini setelah dibongkar dan diperjelaskan oleh bekas pemimpin PAS sendiri, ramai yang mengakui Amanat Haji Hadi itu membawa kepada perpecahan ummah.

Bagi mengatasi isu ini, empunya Amanat Haji Hadi ini wajar ditahan pihak berkuasa seperti mana yang dikenakan ke atas pengikut fahaman al-Arqam suatu ketika dahulu dan Ayah Pin yang membawa Kerajaan Langit. Tidak ada bezanya dengan Amanat Haji Hadi itu dengan ajaran sesat yang lain kerana membawa kemudaratan kepada rakyat Malaysia.

Apakah disebabkan Abdul Hadi Awang itu Presiden PAS maka beliau dibenarkan untuk mengetengahkan ajaran sesat di Malaysia? Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) wajar ambil langkah susulan yang relevan demi menghapuskan Amanat Haji Hadi yang ternyata memesongkan akidah umat Islam di Malaysia.

Keengganan Abdul Hadi Awang untuk memberikan penjelasan suatu lagi bukti kukuh untuk menahannya biarpun permintaannya untuk muncul di kaca TV dalam saluran RTM mahupun TV3 ditunaikan dengan beberapa syarat.

Abdul Hadi Awang sendiri yang telah menetapkan syarat untuk berdialog selama satu jam secara langsung menerusi televisyen dan tindakan tegas itu perlu kerana tidak mahu kesungguhan kerajaan dilihat sebagai mainan oleh PAS dalam isu Amanat Haji Hadi itu.

Kini terserah kepada Abdul Hadi Awang jika benar mahu memberikan penjelasan terima sahaja syarat-syarat yang diadakan Kerajaan.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger