Thursday, January 24, 2013

SUDAH TIBA MASANYA ‘PARASIT’ POLITIK DALAM BN ‘DIHAPUSKAN’



Berselindung di sebalik nama BN tidak semestinya seseorang itu menyokong perjuangan BN untuk rakyat. Dan, tidak dinafikan juga ‘kemasukan’ ke dalam ‘geng’ BN daripada kem pembangkang kerana keinsafan. Ini semua kerana duit dan kepentingan sendiri. Inilah yang berlaku ke atas situasi sekarang apabila BN Sarawak mempunyai ‘parasit’.

Bukan menuduh, tetapi kenyataan yang berasas dengan pengeluaran dan penerbitan artikel atas nama sendiri yang selama ini banyak mencetuskan kontroversi khususnya terhadap kepimpinan BN. Bagaimanakah ‘orang seperti ini’ boleh dibawa masuk ke dalam BN yang sebenarnya parasit dalam menjatuhkan BN?

Berdiri atas nama unit media sosial dalam BN bukan jaminan bahawa boleh menulis sesuka hati. Malah, tulisan dalam blog juga mencerminkan kecenderungan untuk melaga-lagakan pemimpin BN dan mencetuskan kebimbangan terhadap ahli-ahli parti dan rakyat. Alangkah lebih baik berdiri di sebelah pembangkang dan jangan berselindung di sebalik nama UMB BN.

Namun, persoalan kini kenapakah tiada tindakan yang dilakukan BN Sarawak terutamanya Pengerusi UMB? Apakah hanya sekadar mendapati ‘seseorang’ itu boleh menjana kewangan dan idea untuk memajukan UMB tetapi dalam masa yang sama mewujudkan pertelagahan dalaman BN yang membabitkan kepercayaan pemimpin BN?

Melihat kepada tulisan-tulisan blogger ini tidak ubah kecenderungannya memihak kepada pembangkang. Sukar agaknya nak buang tabiat lama yang hanya membangkang kerajaan BN. Tiada fakta, fakta tidak kuat dan persepsi juga terbawa kepada perasaan dendam musibah. Benar kata pepatah, ikut hati mati, ikut rasa binasa.

Kecelaruan ini ada hubungkaitnya dengan kewangan yang menjadi survival kehidupan manusia. Namun, ia tidak sewajarnya menjadi alasan untuk berpaling tadah dan menjadi parasit. Inilah persoalannya kini yang mana parasit ini kelihatan bermaharajalela dalam mengeluarkan apa-apa kenyataan di dalam blognya.

Berpegang atas nama salah satu komponen BN Sarawak, itu bukan tiket untuk menjatuhkan kepimpinan tertinggi BN Sarawak. Presiden parti itu wajar membersihkan nama parti itu daripada terus terpalit dengan isu yang remeh-temeh. Manakala, empunya diri (blogger) jika beranggapan ‘menyertai’ BN hanyalah untuk mendapatkan kesenangan dan kepentingan diri sendiri, itu silap dan bukan perjuangan BN.

Perjuangan BN ialah untuk rakyat dan demi agama, bangsa dan tanahair. 

1 komen:

  1. Boleh merik link pasal UMB sarawak ya sik bro? Ingin juak i nak tauk sapa ya. I baruk2 masok line baca2 blog politik tok ya xtauk full story.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger