Saturday, January 26, 2013

WANITA PAKATAN PEMBANGKANG PERKENAL ‘PETA KESELAMATAN’ TAPI ABAI NASIB IBU TUNGGAL



Sekarang ini pelbagai janji-janji sedang dan telah dijanjikan PKR dan Pakatan Pembangkang ekoran PRU-13 akan datang ini. Tidak hairanlah mengapa Wanita PKR Sarawak ‘sanggup’ mengadakan sidang media hanya kerana mahu memaklumkan kepada rakyat Sarawak akan janji-janji terbaru mereka kepada rakyat Sarawak khususnya wanita.

Terbaru, Wanita PKR Sarawak mengumumkan caruman berjumlah RM600 setahun atau RM50 sebulan kepada suri rumah yang tidak bekerja, sekiranya Pakatan Pembangkang menang PRU-13 dan berjaya mengambilalih pemerintahan Malaysia. Cita-cita besar ini terkandung dalam manifesto Pakatan Pembangkang.

Persoalan sekarang ini yang masih menghantui rakyat, apakah manifesto itu janji? Dan, jika bukan janji, apakah Pakatan Pembangkang akan menunaikannya jika Pakatan Pembangkang menang kelak? Atau, adakah ia sekadar manifesto untuk menarik sokongan wanita kepada Pakatan Pembangkang walaupun tahu sukar untuk melaksanakannya?

Menurut Naib Ketua Wanita PKR Pusat, Voon Shiak Ni, manifesto ini adalah sebahagian daripada objektif gerak kerja Agenda Wanita Malaysia (AWM) bagi mengiktiraf sumbangan baik Wanita Keadilan Sarawak (WKS) kepada Pakatan Pembangkang.

“Caruman ini akan menjadi ‘peta keselamatan’ kepada wanita yang menghadapi masalah keluarga terutama perceraian. Oleh itu, manifesto ini lebih kepada mereka yang akan menjadi ibu tunggal dan tidak terbuka kepada mereka yang berkeluarga.

PKR prihatin dengan kes peminggiran dan penindasan terhadap wanita. Jadi dengan adanya kemudahan ini akan dapat membantu wanita yang ditindas memulakan hidup baru.

Manifesto ini memang cukup baik dan bagus untuk halwa telinga, tetapi untuk melaksanakannya adalah sukar. Mana tidaknya, nasib ibu-ibu tunggal di Selangor yang sebelum ini dinafikan haknya seperti mana dalam manifesto Pakatan Pembangkang di Selangor.

Dalam manifesto Pakatan Pembangkang di Selangor, “memberi elaun kepada ibu tunggal yang layak” hanyalah sekadar tulisan dan janji-janji kosong. Sehingga ke hari ini nasib ibu-ibu tunggal di Selangor tidak ketentuan dalam pembelaannya dan ‘hanya’ diberikan kepada ibu-ibu tunggal yang menyokong dan ahli Pakatan Pembangkang sahaja. Inilah dasar yang dibuat Pakatan Pembangkang dan PKR dalam menarik undi wanita.


Dan, dalam penghakiman mengenai nasib-nasib Ibu Tunggal di Selangor, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Kerajaan Selangor dan Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengenepikan saman yang difailkan 2,020 Ibu Tunggal di Selangor.


SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu menolak permohonan kerajaan Selangor dan Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengetepikan saman yang difailkan 2,020 ibu tunggal di negeri itu.

Saman itu adalah berhubung kegagalan kerajaan negeri menunaikan janji memberi elaun kepada semua ibu tunggal di Selangor seperti yang dijanjikannya dalam manifesto pilihan raya umum 2008.

Hakim Datuk Yaacob Md Sam memutuskan perkara itu selepas mendapati plaintif mempunyai asas untuk membuat tuntutan itu.

Pada 22 Nov tahun lepas, sebanyak 2,020 ibu tunggal di Selangor memfailkan tuntutan bagi menuntut tunggakan berjumlah RM10.9 juta.

Mereka menamakan Kerajaan Negeri Selangor yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP sebagai defendan pertama dan Abdul Khalid Ibrahim selaku Ketua Eksekutif kerajaan negeri sebagai defendan kedua.

Dalam saman itu, kesemua plaintif mendakwa mereka menjadi mangsa diskriminasi kerajaan negeri apabila ia gagal menunaikan janji untuk membayar elaun ibu tunggal sejak menubuhkan kerajaan Mac 2008.

23 Januari 2013

Apakah Wanita Sarawak mahu terpedaya dengan janji-janji Pakatan Pembangkang dan menerima nasib yang sama dengan Ibu-Ibu Tunggal di Selangor? Ini membuktikan Pakatan Pembangkang hanya tahu pandai berjanji, tetapi melaksanakannya sangat diragui. Mereka bukan saja berjanji, tetapi juga sanggup membohongi.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger