Wednesday, January 16, 2013

ZURAIDA KAMARUDDIN MINTA NAJIB RAZAK PAKAI SKIRT



Ketika TV3 menyiarkan siaran langsung Anugerah Juara Lagu 2012 pada Ahad, 6 Januari 2013, PKR Sarawak pula mengadakan Ceramah Merdeka Rakyat di kawasan perumahan Desa Ilmu, Kota Samarahan.

Ceramah Merdeka Rakyat di Samarahan anjuran PKR Cabang Samarahan dan PKR Sarawak yang menghimpunkan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim. Sementara menanti kehadiran Anwar Ibrahim, Zuraida Kamaruddin telah mengambil tempat bagi memanaskan penonton dengan hujah-hujah yang menerkam jiwa.

Paling tidak dilupakan apabila Zuraida Kamaruddin menghentam Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak sebagai Lelaki Pertama di dunia yang memegang jawatan Menteri Wanita. Tanpa segan silu dan mengasak peribadi Perdana Menteri, Zuraida meminta Najib Razak memakai skirt.

Sebagai menteri yang memegang portfolio Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Najib Razak wajar mengenakan skirt bagi menggalas tugas-tugas wanita. Jika tidak, itu bukan Menteri Wanita namanya.

Zuraida Kamaruddin dalam Kabinet Bayangan Pakatan Pembangkang merupakan penyandang Menteri Wanita. Atas sebab itu beliau berasa bangga dengan komitmen Anwar Ibrahim dalam memberikan peruntukan sebanyak RM5 bilion kepada wanita jika Pakatan Pembangkang menang dan memimpin Malaysia.

Seperti biasa Zuraida Kamaruddin segera membandingkan peranan Anwar Ibrahim dan Najib Razak sehingga mengatakan Anwar Ibrahim adalah calon Perdana Menteri Pakatan Pembangkang dan tiada calon lain walaupun Abdul Hadi Awang juga menjadi pilihan PAS sebagai Perdana Menteri.

1 komen:

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger