Monday, February 18, 2013

AMK DAN PKR SARAWAK ARAH ‘SERANG’ FB WIRA KENYALANG DAN BLOGGERS ANAK SARAWAK




Seperti sudah kepanasan, Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan PKR Sarawak terdesak dengan melakukan ciplak akaun Facebook Wira Kenyalang (WK) yang juga rakan Bloggers Anak Sarawak (BAS). Ini dilakukan sejak seminggu lalu setelah berasakan ancaman WK dan BAS menganggugat operasi propaganda PKR dan Pakatan Pembangkang di Sarawak.
 

Apakah yang membezakan Wira Kenyalang sebenar dan Wira Kenyalang Palsu PKR? Mudah saja, Wira Kenyalang sebenar proKerajaan dan dilinkkan dengan blog dan twitter. Manakala, Wira Kenyalang Palsu PKR itu bertopengkan BAS dan berhati busuk dengan memberikan gambaran buruk kepada Kerajaan BN pimpinan Najib Razak dan berkiblatkan Anwar.



Perbuatan mereka ini sangat tidak profesional dan menyekat kebebasan media sosial yang berasakan ancaman WK dan BAS ini keterlaluan hingga membuatkan AMK dan PKR Sarawak tidak tidur malam.

Bagi mengelirukan pembaca dan rakan FB WK, Cybertrooper AMK dan PKR Sarawak telah menggunapakai nama Wira Kenyalang di akaun FB dan meletakkan logo BAS. Seperti memperbodohkan diri, empunya FB WK Palsu ini cuba memperdayakan pembacanya konon WK Palsu ini proKerajaan BN sebaliknya mengecam dan memberikan gambaran yang tidak baik kepada Kerajaan BN.

Itulah taktik dan teknik WK Palsu yang cuba dipermainkan AMK dan PKR Sarawak namun cepat dihidu pembaca dan rakan WK sebenar.

Walaupun diasak sebegitu rupa, WK dan BAS tidak akan berundur seperti kata pepatah pantang mati sebelum ajal demi menegakkan kebenaran dan me’nyah’kan PKR, DAP dan PAS dalam PRU-13 akan datang ini.

WK dan BAS akan terus berjuang bagi mendedahkan dan melondehkan penipuan Pakatan Pembangkang khususnya PKR dan DAP di Sarawak yang selama ini hanya berkiblatkan Anwar.

Seperti rakan-rakan lain di Semenanjung, kami BAS juga tidak akan membiarkan PKR, DAP dan PAS untuk bertapak di Sarawak dan akan membuktikan bahawa Kerajaan BN pada hari ini adalah yang terbaik di dunia untuk rakyat Malaysia.

1 komen:

  1. AMk adalh kumpulan pgecut sama seperti bang anu mereka.datang ke sarawak blagak nak jadi pbela tapi prangai cam ular sawa.. dh kenyang sah tido jer kerja.nanti lpas menang undi muka pun tak nampak,dah kenyang menipulh katakan..

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger