Thursday, February 7, 2013

DENDAM RAKYAT TERHADAP NIZAR AKAN TERBALAS DI PRU-13



“Kami akan pastikan calon Menteri Besar Perak (itupun jika dipilih DAP) akan kalah dan menyembah bumi di bumi Perak dalam PRU-13 akan datang, kata Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Perak, Datuk Saharuddin Abdul Jabar.

Tidak kira di mana Nizar akan bertanding di Perak, kami akan menentang habis-habisan kerana pemimpin seperti Nizar itu tidak layak memimpin Perak.

Nizar sebelum ini membuat kenyataan yang sombong dan bongkak dengan mengatakan PRU-13 kali ini tiada tempat untuk orang UMNO di Perak. Kenyataan ini sangat tidak berasas seolah-olah PAS cuba menakutkan rakyat menerusi spekulasi.

Nizar seperti nujum Pak Belalang meramalkan Pakatan Pembangkang akan memperoleh145 kerusi Parlimen manakala BN hanya memperoleh 77 kerusi sahaja. Sesiapa saja boleh meramal dan terpulanglah kepada Nizar untuk menjadi nujum Pak Belalang.

Melihat kepada keadaan ini menjelang PRU-13, Nizar hanya melancarkan perang psikologi kepada ahli-ahlinya yang ketika ini sudah beralih arah kepada BN. Atas sebab itu, tidak hairanlah PAS dan Pakatan Pembangkang sanggup buat saja demi memastikan survival politik mereka terlaksana.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger