Friday, February 15, 2013

DR JUANDA JAYA ANAK SARAWAK TERJUN BIDANG POLITIK DI PERLIS



PRU-13 sebagai ‘ibu kepada segala pilihan raya’ semakin dirasai dan terkini Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya disebut-sebut antara ulama yang bakal diturunkan dalam gelanggang pilihan raya kali ini. Sebelum ini, bekas bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, 42, juga telah dikaitkan untuk terjun sama dalam arena politik.

Persoalan kini, parti manakah yang akan diwakili kedua-dua tokoh ternama ini dalam mengejar survival politik tanahair?

Menurut akhbar Sinar Harian, Asri dan Juanda sudah didampingi semula beberapa parti, dari BN dan Pakatan Pembangkang untuk bertanding kali ini kerana dilihat sebagai calon ‘boleh menang’ kerana memiliki karisma sebagai personaliti yang berlatarbelakangkan agama.

Juanda  adalah lulusan Universiti Al-Azhar dan mempunyai Ijazah Sarjana Syariah dengan pengkhususan Penggubalan Undang-Undang Keluarga Islam Malaysia daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Nama Asri, kini berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia, sudah pun menjadi sebutan sejak lebih setahun lalu dan beliau telah beberapa kali menafikan akan menyertai parti politik.

Menurut khabar angin dari sumber dalaman Sinar Harian dan Sinar Harian Online, mengatakan kedua-duanya disebut-sebut akan bertanding atas tiket PKR di Pulau Pinang manakala Juanda, anak kelahiran Sarawak, dipercayai akan diletakkan di Perlis.

Pun, begitu mereka juga ada didampingi wakil Umno... jadi nampaknya beliau sudah dirisik semua parti,” kata sumber lagi.

Sungguhpun beliau seorang tokoh agama, namun ia tidak bermaksud Juanda perlu memilih parti bertunjangkan agama sebagai landasan utama untuk menyertai dunia politik negara.

“Dr Juanda kemungkinan besar akan bertanding di Perlis, berpotensi untuk tanding di Kangar... beliau sudah dihubungi, sedang mempertimbangkan tawaran.

Jika ini berlaku Dr Juanda Jaya mencipta sejarah Sarawak kerana anak Sarawak bertanding di luar Sarawak.

Sama-sama kita lihat dan perhatikan parti manakah yang akan diwakili Juanda Jaya dalam PRU-13 akan datang ini.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger