Wednesday, February 13, 2013

DR PORNTHIP ROJANASUNAND TOLAK PELAWAAN PKR KE MALAYSIA



‘Pakar’ patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand menolak jemputan peguam PKR, N Surendran bagi melakukan bedah siasat kedua bagi menyiasat kematian C Sugumaran, pengawal keselamatan yang didakwa meninggal dunia akibat dipukul pihak polis.

Seperti biasa, PKR akan mencari dan menggunakan pelbagai helah untuk mendapatkan isu yang boleh menjejaskan kreadibiliti polis dan sekaligus mengaitkannya dengan kerajaan. Ini bukan kali pertama dan sudah banyak kali dilakukan biarpun mengetahui peluang mereka tipis ekoran kebenaran berpihak kepada polis dan kerajaan.

Di samping itu juga, PKR mahu menarik kembali sokongan masyarakat India yang kini sudah beralih arah dan menyokong BN. Atas sebab itu, PKR mahu menjadikan isu kematian C Sugumaran sebagai kaedah untuk memalukan polis dan seterusnya kerajaan.

Menurut peguam, N Surendran, Dr Pornthip awal hari ini telah memaklumkannya melalui emel bahawa beliau tidak dapat melakukan bedah siasat kedua atas “alasan peribadi”.

Kenyataan Dr Pornthip itu dikeluarkan sejurus peguam PKR itu mengeluarkan kenyataan kepada media hari ini berkata Hospital Serdang bersetuju untuk melakukan bedah siasat kedua, dan dijangka tiba di Malaysia pada 20 Februari depan.

“Sekarang keluarga Sugumaran akan mencari alternatif lain,” kata Surendran.

Bedah siasat pertama Sugumaran sebelum ini telah dijalankan oleh Hospital Serdang, dan hasilnya mendapati pengawal keselamatan itu meninggal dunia akibat serangan jantung.

Disebabkan tidak berpuas hati dengan keputusan bedah siasat pertama, keluarga C Sugumaran akan mencari alternatif lain selepas Dr Pornthip Rojanasunand menolak untuk hadir ke Malaysia dan melakukan pembedahan kedua. Difahamkan segala kos pembedahan itu ditanggung oleh PKR. 

3 komen:

  1. PKR akan belanja "whatever cost" untuk jatuhkan kerajaan ..
    waima menipu sekalipin ... ptuiiihhhhhhh

    ReplyDelete
  2. Sokong PAKATAN HARAM bermakna anda sedang menyokong JENAYAH sbb PAKATAN HARAM pembela sgl mcm jenayah yg berlaku di negara kite....mmg betol2 PAKATAN HARAMJADAH........

    ReplyDelete
  3. demi kuasa....penjenayah jadi HERO !!!!!
    stupid & moron Malaysian....

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger