Monday, February 25, 2013

HARI INI PAKATAN PEMBANGKANG BENTANG MANIFESTO BUKAN JANJI PRU-13




Bersempena dengan Konvensyen Pakatan Pembangkang Ke-4 yang dijadualkan diadakan pada hari ini dan akan disertai sekitar 1,000 perwakilan, Pakatan Pembangkang akan mengumumkan Manifesto PRU-13. Harus diingat manifesto itu bukan janji kerana ia boleh berubah dari semasa ke semasa.

Konvensyen akan berlangsung mulai jam 10.00 pagi di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).

Konvensyen tersebut dimulakan dengan segmen pertama iaitu  laporan daripada ketua pilihan raya setiap parti, diwakili Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Mohd Hatta Mohd Ramli dan Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Kok Wai. Ketiga-tiga mereka merupakan pengarah pilihan raya parti masing-masing.

Manakala segmen kedua adalah pembentangan Manifesto yang bertemakan Pakatan Harapan Rakyat.

Segmen ketiga ialah penyampaian amanat pimpinan parti yang diwakili oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Ia akan disusuli segmen keempat ialah bacaan ikrar, yang akan dikepalai oleh Setiausaha Agung setiap parti Datuk Saifuddin Nasution Ismail (PKR), Datuk Mustafa Ali (PAS) dan Anthony Loke iaitu Setiausaha Pengelola DAP.

Konvensyen itu akan diakhiri dengan bacaan doa oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Macam mana pulak dengan Manifesto Pakatan Pembangkang di Selangor dan negeri-negeri tadbiran Pakatan Pembangkang yang lain seperti Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan yang masih belum terlaksana? Takkan nak biarkan hilang begitu sahaja dan buat manifesto pilihan raya baru.

1 komen:

  1. Pagi ni mereka nak tipu rakyat dengan manipesto, malam nanti Anwar nak menipu rakyat di Hulu Selangor plak. Wa catat wa sebar wa bantai apa lu punya kelentong Nuar. Manipesto bukan janji hanya mau undi.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger