Wednesday, February 27, 2013

LIM GUAN ENG TIPU MELAYU KATA DAP PEJUANG ISLAM?




Bagi menarik sokongan dan mendapatkan undi Melayu yang terbiasa kerana janji palsu, Setiausaha DAP, Lim Guan Eng mendakwa parti rasis itu memperjuangkan Islam. Kenyataan Lim Guan Eng itu sangat melucukan yang seolah-olah mahu menipu Melayu.

Bagi bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, beliau tidak faham kenapa Guan Eng sanggup membuat kenyataan itu sedangkan tindak-tanduk DAP sebelum ini jelas 'melukakan' perasaan umat Islam termasuk berhubung isu kalimah Allah.

"Mustahil DAP perjuangkan Islam. Semua itu pembohongan demi memancing undi orang Melayu. Saya juga tidak faham bagaimana pemimpin-pemimpin PAS boleh mendiamkan diri dan membiarkan Guan Eng bercakap sesuka hati tentang Islam.

“Saya rasa sungguh lucu dan marah dengan kenyataan 'bodoh' Lim Guan Eng, nampaknya sekarang orang bukan Islam pun boleh perjuangkan Islam di negara ini. Hebat sungguh," katanya secara sinis.

Taktik dan teknik Lim Guan Eng ini hanyalah untuk undi dan tidak lebih daripada itu. Orang Melayu tidak harus mempercayai bapa rasis ini yang sanggup mempergunakan Islam untuk mencacapi agenda politiknya biarpun sebelum ini secara terang memperlekehkan Islam.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger