Thursday, February 28, 2013

PAKATAN PEMBANGKANG GUNA TAKTIK SERANGAN PERIBADI



Biarpun kempen PRU-13 belum lagi bermula dan hanya bahangnya yang mula terasa, Pakatan Pembangkang sudah mula melangkah kaki kanan dengan menyerang peribadi calon BN biarpun ianya belum lagi disahkan sebagai calon.

Dipercayai perbuatan Pakatan Pembangkang, banyak kertas-kertas bersaiz A4 yang dicetak dengan wajah Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Piasau Datuk Sebastian Ting serta kata-kata yang bersifat mencaci sudah mula ditampal di sekitar bandar raya Miri.

Ini tidak lain melainkan perbuatan Pakatan Pembangkang yang berusaha untuk menawan Parlimen P.219 Miri dalam PRU-13. Pun begitu, kedua-dua parti Pakatan Pembangkang sama ada DAP dan PKR masing-masing belum mencapai keputusan dengan siapakah parti yang layak bertanding di Parlimen P.219 Miri.

Kertas bercetak tersebut didapati bukan hanya ditampal di sekitar pusat bandar raya malah di beberapa lokasi seperti Pujut 7, pusat Komersial Emart serta Morsjaya sejak minggu lalu.

Inikah dinamakan pilihan raya yang adil dengan belum lagi Parlimen dibubarkan Pakatan Pembangkang sudah mula menyerang calon BN.

Nampak gaya Pakatan Pembangkang sudah terdesak dan mula menyerang peribadi calon BN yag disifatkan sebagai amalan parti Pakatan Pembangkang. Berbeza dengan calon BN yang banyak berbicara tentang kebajikan dan bantuan yang diberikan kepada rakyat dalam memastikan rakyat mendapat balasan yang setimpal.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger