Wednesday, February 20, 2013

PAKATAN PEMBANGKANG JOHOR SUDAH RETAK MENANTI BELAH SEJAK TAHUN 2011 LAGI



 
Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau dalam kenyataannya mendakwa Pakatan Pembangkang di Johor, sudah berpecah sejak dua tahun lalu, iaitu sejak Chua Jui Meng dilantik mengetahui PKR Johor.

Kemuncaknya apabila Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng bertikam lidah dengan Dr Boo Cheng mengenai calon yang sesuai untuk bertanding di Parlimen Gelang Patah.

Kerusi Parlimen Gelang Patah sememangnya tradisi diisi DAP sebelum memberi laluan kepada PKR pada 1995 untuk membolehkan bekas Pengerusi PKR Johor, Allahyarham Abdul Razak Ahmad, yang ketika itu bertanding atas tiket Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Kerusi itu kembali ditandingi DAP pada 1999 sebelum memberi laluan kepada PKR meletakkan calon pada PRU 2004 dan 2008 tetapi tewas kepada calon BN, Tan Ah Eng.

Selepas PRU 2008, DAP dikatakan sudah membuat persediaan untuk kembali bertanding di kerusi itu. Bagaimanapun, ia menjadi isu apabila kerusi terbabit turut menjadi idaman Chua Jui Meng kerana melihat potensi untuk menang berikutan peratusan tinggi pengundi Cina di situ.

1 komen:

  1. Jui ming hidup kaya raya dan senang lenang sebab dapat sokongan mca dan barisan nasional. Patut dia sokong orang lain pula macam tun. Tapi dia jadi pengkianat dan nampak jelas tiada maruah dan harga diri. Tolak parti kencing rakyat dan ahli poltik penting diri.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger