Wednesday, February 6, 2013

PAKATAN PEMBANGKANG MAHU AHLINYA DERMA 10% WANG BR1M KEPADA PARTI?



Janji ditepati, rakyat didahulukan. Itulah slogan yang sangat ditakuti Pakatan Pembangkang khususnya menjelang PRU-13. Sebabnya mudah Pakatan Pembangkang satu janji pun tidak dilaksanakan dan hanya pandai berjanji.

Bagi kebanyakan pemimpin Pakatan Pembangkang, desakan mereka supaya ahli-ahlinya yang mendapat BR1M menderma sebanyak 10% kepada parti adalah suatu arahan yang terdesak. Inilah yang selalu diutarakan dalam ceramah Pakatan Pembangkang yang menggesa ahli-ahlinya supaya memberikan 10% (RM50.00) kepada parti dalam menjayakan perjuangan mereka untuk ke Putrajaya.

Walaupun sebelum ini menganggap BR1M ini sebagai rasuah dan gula-gula politik, tetapi dalam masa yang sama meminta ahli-ahlinya mendermakan 10% wang BR1M kepada parti. Ini bermakna pemimpin Pakatan Pembangkang tidak mempunyai pendirian yang tetap dalam menghalang ahli-ahlinya untuk menerima BR1M.

Pengagihan BR1M 2.0 yang dijadualkan Februari ini telah mengundang 1001 macam gelisah buat Pakatan Pembangkang. Bagi meredakan ketegangan Pakatan Pembangkang, kini mereka menjaja janji-janji PRU-13 yang dikatakan boleh menarik sokongan pengundi biarpun ianya sukar dilaksanakan.

Bagi penyokong dan ahli-ahli Pakatan Pembangkang, pemberian BR1M 2.0 ini bukti ketelusan dan janji Kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Tanpa mengira fahaman dan idelogi politik sama ada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya, semua kaum menerima asalkan memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan.

Seperti BR1M pada 2012 yang dikatakan gula-gula politik dan meremehkan bahawa Kerajaan BN tidak akan meneruskan pemberian BR1M buat kali kedua telah meleset. Bahkan menurut Timbalan Perdana Menteri BR1M 3.0 juga akan menjadi habuan rakyat jika terus memberikan mandat kepada BN untuk terus memerintah Malaysia.

Pakatan Pembangkang ini bukan sahaja tidak menunaikan janji bahkan juga telah berjaya dalam pendakwaan saman terhadap Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Pembangkang. Tahniah kepada Pakatan Pembangkang Selangor kerana mencatat sejarah di dunia kerana disaman rakyat sendiri. 

5 komen:

  1. Pemimpin pembangkang kebanyakkan berkereta mewah tuh la yg sepatotnya brkorban utk parti dan rakyat...jualkan keter mewah utk perjuangan parti...bukan mminta sumbangan dari rakyat yg sememangnya xmampu....ataupon jualkn saja BAS MEWAH ANUwar tuh utk menampong perjuangan parti...

    ReplyDelete
  2. kalu nak jual BAS MEWAH....ANUwar nak memantat & menjubur kat mane??? dalam kondo, dalam hotel ada CCTV....

    ReplyDelete
  3. CCTV tu besi x boleh pakai, x boleh jadi saksi...hahahaha

    ReplyDelete
  4. MCM SIAL JER AKU TGK GAMBAR KAT ATAS TU
    BUKA LAH DULU BAJU KUNING TU KALAU NAK AMIK BR1M
    BUAT MALU KAT ORG JER......FITNAH KERAJAAN MACAM2 TAPI AMIK JUGA BANTUAN YANG KERAJAAN BAGI......PUUUIIIII BANGSAT LAH ORG MCM NI

    ReplyDelete
  5. Bju kuning tu cam bangang.. nasib baik pro kerajaan kt situ tak mcm perangai pyokong pr.kalu tak memang dh kena lipat.. pangai cam setan.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger