Tuesday, February 26, 2013

PAKATAN PEMBANGKANG MINTA SIMPATI RAKYAT UNDI PRU-13



Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menyatakan kesediaan mereka (Pakatan Pembangkang) dihukum rakyat menerusi demokrasi dan tidak akan memerintah sepanjang hayat. Itulah kata-kata ‘keramat’ Pakatan Pembangkang dalam meraih simpati rakyat untuk mengundi mereka pada PRU-13.

Peliknya, Pakatan Pembangkang kini telah ‘menelanjangkan’ Kerajaan BN di dalam negara demokrasi dengan pelbagai tuduhan dan demontrasi jalanan seperti BERSIH dan #KL112. Apakah Pakatan Pembangkang faham akan maksud dan perkataan demokrasi?

Mengambil manifesto Pakatan Pembangkang yang dibentangkan semalam ternyata Pakatan Pembangkang mahu rakyat ‘merasai’ manifesto itu semasa pemerintahan mereka. Namun, pengalaman telah mengajar rakyat Malaysia bahawa Pakatan Pembangkang tidak akan terpedaya dengan manifesto Pakatan Pembangkang.

Harus diingat bahawa manifesto bukan janji pilihan raya dan semestinya Pakatan Pembangkang tidak akan menunaikannya.

Menjadikan perkataan ‘rakyat’ sebagai modal, mereka meraih simpati supaya rakyat mengundi mereka biarpun sedar kini rakyat bukannya mudah untuk digula-gulakan seperti mana yang berlaku pada tahun 2008.

Abdul Hadi Awang juga menegaskan pemerintahan sekarang tidak berlandaskan demokrasi. Ini seolah-olah menidakkan proses pilihan pilihan raya yang dipilih rakyat pada tahun 2008.

Seolah-olah mengiyakan bahawa politik sekarang berasaskan kaum dan tidak adil, tohmahan itu ditujukan kepada DAP yang bersifat rasis sejak dahulu lagi sambil menidakkan perpaduan yang telah dijalankan Kerajaan BN menerusi parti perikatan yang telah berlangsung sejak 55 tahun lalu. 

1 komen:

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger