Thursday, February 14, 2013

PEMIMPIN PKR DAN DAP ANGGAP PENERUSAN BR1M JANJI PILIHAN RAYA



Terperanjat dan seperti tidak percaya apabila Perdana Menteri mengumumkan bahawa BR1M 3.0 dan seterusnya akan diteruskan sekiranya Kerajaan BN terus diberikan kepercayaan untuk terus memerintah dan mentadbir Malaysia selepas PRU-13 akan datang.

Najib berkata: “Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan sentiasa mengutamakan rakyat… kita bukan hanya mengambil kira kepentingan pelabur tetapi rakyat juga.

Beliau menambah kerajaan merasai kesusahan rakyat sebab itu BR1M diwujudkan untuk menawarkan bantuan kewangan kepada kumpulan memerlukan dalam masyarakat.

Ujarnya lagi, bagi membolehkan kerajaan terus memberi bantuan seumpama itu, rakyat harus memberi mandat kepada BN untuk membentuk kerajaan seterusnya.

Seperti biasa, Pakatan Pembangkang akan menganggap kenyataan Najib Razak itu sebagai janji kosong.

“See Chee How Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang mendakwa, tindakan Najib adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab kerana menabur janji untuk kerajaan akan datang.

Sementara itu, bagi Setiausaha DAP, Chong Chieng Jen menganggap tindakan Perdana Menteri itu hanyalah gimik pilihan raya yang bertujuan memancing undi.

“Bukan ini caranya untuk mentadbir sebuah negara. Memberi BR1M tidak banyak membantu mengatasi masalah kemiskinan rakyat sebaliknya peluang ekonomi dan kejayaan diberikan sama rata kepada rakyat.

Tetapi, walaupun dibantah sekeras-kerasnya oleh pemimpin Pakatan Pembangkang namun ahli-ahli PKR, DAP dan PAS tetap juga berbaris bagi mendapatkan BR1M. Lebih mengejutkan dakwaan pemimpin Pakatan Pembangkang yang mendakwa menerima BR1M adalah ‘haram’ namun orang yang pertama sekali menunggu untuk mendapatkan BR1M pastinya orang Pakatan Pembangkang. Lebih rasa tiada kemaluan, sanggup pakai baju BERSIH untuk dapatkan BR1M.

3 komen:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. yes, janji pilihanraya. so what? apa isunya? asalkan janji ditepati. bukan janji mat lebung gagap kt selangor tu. manifesto = janji dicapati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bang usin,kamu bukan tak tau pangai dorang tu cam longkang.. boss pakatan kata haram jgn ambik mana dorang pdulik tapi kutuk kerajaan lebey2.. cam siall..

      Delete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger