Tuesday, February 12, 2013

PEREBUTAN KERUSI PAKATAN PEMBANGKANG DI SABAH DAN SARAWAK BERTERUSAN



Kemelut Pakatan Pembangkang yang kian hangat berlaku di Sabah juga berlaku di Sarawak. Situasi ini dijangka akan memberikan kesan yang baik kepada BN di Sabah dan Sarawak juga Labuan.

Sehingga kini kemelut pembahagian kerusi di Sabah yang membabitkan Pakatan Pembangkang seperti PKR, DAP dan PAS, dan Parti Maju Sabah (SAPP), Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) tidak pernah selesai dan tidak akan selesai. Ini kerana Pakatan Pembangkang menerusi Anwar Ibrahim masih berkeras bahawa parti di bawah Pakatan Pembangkang wajar diperuntukan kerusi yang lebih di Sabah pada PRU-13.

Di Sarawak, situasi yang juga berlaku Cuma ia hanya melibatkan ketiga-tiga Pakatan Pembangkang iaitu PAS, DAP dan PKR. Manakala, parti pembangkang tempatan Sarawak, SNAP tidak akan bertanding dalam PRU-13 disebabkan mahkamah telah membatalkan parti itu. Yang tinggal kini hanyalah Sarawak Workers Party (SWP) pimpinan Larry Sng. Dijangka SWP akan bertanding di kesemua kerusi Parlimen yang akan ditandingi PRS. Ini secara langsung akan mewujukan pertanding 3 penjuru dan berkemungkinan 4 penjuru jika calon Bebas juga mengambil bahagian.

Pertindihan kerusi yang akan ditandingi parti-parti pembangkang di Sabah juga semacam tiada jalan penyelesaiannya. Menurut Ketua Penerangan PBS, Datuk Johnny Mositu yang menegaskan, daripada perbincangan formula kerusi antara Pakatan Pembangkang dan rakan komponennya itu jelas menunjukkan pembahagian yang berat sebelah dan SAPP hanya memperolehi beberapa kerusi.

“PR dah bincang begitu lama tentang pembahagian kerusi ini tapi masih belum selesai, walaupun terbaru SAPP hanya diberikan beberapa kerusi.

“Saya rasa pucuk pimpinan SAPP boleh menilai, ia berlaku sama seperti PBS dulu, SAPP mungkin akan merasai nasib yang sama seperti PBS suatu masa dulu,” katanya lagi.

Jelas Johnny, sebelum ini PBS telah beberapa kali berbincang dengan Presiden Parti Datuk Seri Wan Azizah mengenai pembahagian kerusi semasa pilihan raya sebelum ini, namun isteri kepada Ketua Pembangkang itu jelasnya tidak mengendahkan tuntutan mereka.

Sebelum ini telah melaporkan rundingan kerusi Pakatan Pembangkang dan SAPP telah dihentikan buat sementara waktu, menurut sekutu Pakatan Pembangkang Wilfred Mojilip Bumburing, satu lagi petunjuk kegagalan pembangkang untuk bersatu dalam menghadapi BN dalam PRU-13.

Sudah menjadi kebiasaan untuk PKR merebut kerusi dengan jumlah yang besar, namun gagal untuk dimenangi.

“PKR ni pun dah jadi tabiat mereka minta kerusi lebih, tapi mereka tidak boleh ‘deliver.’

“Kita tengok seperti ketika pilihan raya negeri di Sarawak, daripada 71 kerusi mereka bertanding 49, tetapi hanya menang tiga kerusi sahaja.

Sehingga kini pun PKR seolah-olah tidak mahu belajar daripada kekalahan dalam PRN Sarawak Ke-10 apabila masih tetap mahu bertanding dengan kerusi yang banyak.

Sehingga kini kemelut Pakatan Pembangkang dalam pembahagian kerusi di Sarawak yang melibatkan PKR-PAS dan DAP-PKR masih belum dapat diselesaikan. Parlimen Batang Sadong, Mas Gading, Serian, Sri Aman, Miri dan beberapa lagi kerusi parlimen masih belum diselesaikan dan dijangka tidak akan selesai menjelang tibanya PRU-13. 

1 komen:

  1. Teringat cerita P.Ramli 'Ali Baba dan 40 penyamun''

    fuckatoon diambang liang lahat...!!!

    gen2felda

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger