Thursday, February 21, 2013

PHAHROLRAZI ZAWAWI KECAM WARTAWAN




Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi menyifatkan kenyataannya dalam sebuah akhbar arus perdana telah dimanipulasi sehingga memberi gambaran bahawa beliau mahukan jawatan Menteri Besar Kedah jika PAS terus menerajui Kedah.

Menurut Phahrolrazi Zawawi, Menteri Besar Kedah perlu jalankan urusan negeri seperti kenderaan dalam lebuh raya, iaitu pantas.

“Kena buat keputusan cepat, macam kelajuan kereta enjin enam silinder dan kereta itu tak boleh lagi bergantung enjin tiga silinder. Itu maksud saya dalam mencirikan tugas Menteri Besar, bukan tuju sesiapa.

Dalam pada itu, wartawan itu juga menyatakan kesediaan kesediaan secara terbuka menggalas jawatan Menteri Besar jika parti itu mengekalkan tampuk pemerintahan. Namun, itu dinafikan sekeras-kerasnya.

Menurutnya juga bagi menggambarkan bahawa ada kalangan ahli Pas Kedah bersedia pikul amanah dan tugas Menteri Besar, dan rakyat tidak perlu bimbang berhubung ketandusan pelapis.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger