Wednesday, February 6, 2013

PKR ADA BAS MEWAH, DAP SARAWAK ADA UBAH MACHINE KHUSUS UNTUK PRU-13



Jika Anwar Ibrahim dan Khalid Ibrahim ‘memiliki’ Bas Bergerak PKR untuk turun ke setiap pelusuk kawasan di Semenanjung Malaysia termasuk di luar bandar dan pedalaman, di Sarawak tiada bezanya apabila ‘memiliki’ Lori Bergerak.

DAP Sarawak telah melancarkan Lori Bergerak atau dipanggil “Ubah Machine’ di Ibu Pejabat DAP di Kuching. Pelancaran ini membuktikan nafsu DAP untuk menang dalam PRU-13 semakin membuak-buak walaupun perebutan kerusi di beberapa kerusi Parlimen masih belum mendapat sebarang keputusan.

Dalam memiliki “Ubah Machine” ini, DAP dikatakan telah membelanjakan sebanyak RM50,000 bagi mengubahsuai lori itu dan sumbangan dan derma daripada penyokongnya sepanjang ceramah DAP di pelusok Sarawak.

Difahamkan lori muatan ringan itu telah diberikan khas oleh seorang penyokong DAP bagi tujuan PRU-13. Selepas PRU-13 lori itu dikatakan akan dikembalikan kepada tujuannya. Persoalan kini, apakah pengubahsuaian ini diluluskan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)?


DAP Sarawak telah menyasarkan tiga kawasan utama iaitu Serian, Sri Aman dan Mas Gading untuk ditandingi. Ketiga-tiga kawasan Parlimen itu juga turut diintai PKR yang sehingga kini masih belum berkrompomi kepada DAP.

BN Sarawak pula ada apa ya?

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger