Sunday, February 24, 2013

POK NIK AJIS LAGI ‘BINATANG’




Persoalannya kini apakah pula hukumnya apabila setiap kali selepas ceramah mahupun iklan-iklan di blog dan facebook milik Pakatan Pembangkang yang menyeru untuk menderma bagi menghadapi PRU-13? Tidakkah itu juga disifatkan sebagai 'binatang' atau lebih teruk lagi?

Ini susulan daripada kata-kata Mursyidul Am PAS bahawa “Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami”.

Itulah kata-kata Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat selepas balik dari Arab Saudi. Nampak sangat Nik Aziz dan PAS kini semakin terdesak untuk raih undi rakyat Malaysia terutama orang Melayu.


Ini sekaligus merujuk kepada penerima BR1M di Malaysia yang berjumlah 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang berumur 21 tahun ke atas.

Nik Aziz juga menyifatkan pemberian wang ringgit adalah salah di sisi Islam kerana ajaran Islam yang sebenar adalah memberikan ilmu kepada manusia.

1 komen:

  1. KADANG-KADANG BERI ILMU SESAT DAN MENYESATKAN.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger