Thursday, February 21, 2013

PRESIDEN PKR WAN AZIZAH WAN ISMAIL TIDAK LAYAN DESAKAN DAP JOHOR




Walaupun diasak oleh Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau bagi memecat atau menggantikan Pengerusi PKR Johor, Dr Chua Jui Meng yang menjadi punca kepada retak menanti belah Pakatan Pembangkang di Johor, Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri Anwar Ibrahim tidak akan melayani kehendak DAP Johor.

Malah tegas Presiden PKR itu, Dr Chua Jui Meng terus diberi kepercayaan untuk mengetuai kepimpinan PKR negeri itu walaupun berhadapan desakan supaya beliau digantikan dengan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim. 

Tiada sebab PKR Pusat mahu menukar atau memecatnya kerana yakin dengan kepimpinan yang ditonjolkan oleh Jui Meng selama ini ditambah pula dengan jasa bekas pemimpin MCA itu.  

"Beliau telah begitu banyak menyumbang kepada perkembangan parti di negeri tersebut dan seharusnya terus diberi peluang melakukan perubahan demi rakyat," ujar Azizah.



PAKATAN PEMBANGKANG TIDAK SEPAKAT AGIH KERUSI DAN ARAH PEMIMPIN TUTUP MULUT

Bukan saja berlaku di Sarawak bahkan juga berlaku di Johor dan berkemungkinan di seluruh Malaysia apabila pemimpin PKR dan DAP serta PAS bertelagah sesama sendiri dalam pengagihan kerusi. Semua ini kerana kuasa dan ketamakan menguasai setiap parti Pakatan Pembangkang. Ini langsung tidak layak dipanggil ‘Pakatan’ dan juga disebabkan HARAM sebab tidak berdaftar.

Seperti di Sarawak, pertelingahan PKR dan DAP juga berlaku di Johor, kali ini membabitkan Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng. Paling mengejutkan DAP seolah-olah berkuasa dalam Pakatan Pembangkang apabila memaksa PKR memecat Pengerusinya, Chua Jui Meng yang dikatakan keras kepala kerana tidak mahu berkrompomi kepada DAP.

“Beliau (Jui Meng) juga selalu tolak cadangan DAP dan PAS dengan menggambarkan dirinya berkedudukan lebih tinggi dan berpengaruh dalam pakatan," Dr Boo Cheng Hau, Pengerusi DAP Johor”.

Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau

Desakan itu dibuat Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau yang mahu Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim atau Presidennya, Wan Azizah Wan Ismail mengambil alih pucuk pimpinan PKR Johor. Apakah Anwar Ibrahim dan isterinya itu akan menerima nasihat Pengerusi DAP Johor?

Melihat kepada situasi semasa dan terbaru ini menyaksikan DAP berkuasa dalam Pakatan Pembangkang hingga sanggup memaksa Anwar Ibrahim dan Wan Azizah memecat pemimpin PKR sendiri. Ini seperti dan perlakuan yang sama dilakukan Karpal Singh dan Lim Guan Eng terhadap Majlis Syura PAS dan PAS sendiri.

Pertelingkahan ini timbul apabila Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng banyak kali mengumumkan beliau akan bertanding di Gelang Patah, walaupun tiada keputusan dibuat pucuk pimpinan pusat pakatan pembangkang.

"Beliau (Jui Meng) juga selalu tolak cadangan DAP dan PAS dengan menggambarkan dirinya berkedudukan lebih tinggi dan berpengaruh dalam pakatan," katanya dalam kenyataan dalam bahasa Mandarin.



0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger