Saturday, February 9, 2013

RAKYAT SARAWAK MULA SEDAR PERJUANGAN PKR HANYA UNTUK ANWAR IBRAHIM



Ini bukan kali pertama ahli-ahli PKR, PAS mahupun DAP yang keluar parti hanya kerana perjuangan Pakatan Pembangkang yang berjuang untuk Anwar Ibrahim dan bukannya untuk kesejahteraan rakyat.

Terbaru, seramai 65 ahli PKR Cabang Kabong keluar parti dan menyertai SPDP-BN disebabkan sudah tidak lagi percaya akan perjuangan PKR yang mahu menonjolkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Malah, menurut Ismail Hussain, ketua kepada 65 orang ahli PKR Cabang Kabong yang keluar parti itu menjelaskan perjuangan PKR hanya kerana Anwar Ibrahim dan bukannya kerana rakyat. Sikap pemimpin PKR sendiri yang banyak memburukkan pemimpin BN terutama Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sarawak mencerminkan mereka ini mengamalkan sikap yang tidak baik.

Berbeza dengan pemimpin BN yang tidak pernah sesekali menyentuh peribadi pemimpin Pakatan Pembangkang termasuklah Anwar Ibrahim sebaliknya hanya mempersoalkan dasar-dasar Pakatan Pembangkang yang secara terang menipu rakyat Malaysia.

Perubahan rakyat yang kini mula menyokong kepimpinan BN dan sedar bahawa mereka selama ini telah ditipu PKR dan Anwar Ibrahim. Perjuangan Anwar Ibrahim dan rakan-rakannya dalam Pakatan Pembangkang itu bukan untuk kesejahteraan rakyat sebaliknya ada agenda ‘asing’ yang lebih penting. Ketika ini mereka hanya mahukan rakyat mengundi mereka dan menawarkan janji-janji politik yang sukar untuk dilaksanakan.

PKR kini sudah tidak lagi relevan dalam politik Malaysia apabila ramai ahlinya termasuklah bekas-bekas pengasas PKR seperti Mohamad Ezam Mohd Nor, Ahli Parlimen PKR Padang Serai N. Gobalakrishnan dan bekas Ketua PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim.

Menjelang PRU-13 ini tidak mustahil akan ramai lagi ahli-ahli PKR di seluruh Malaysia akan keluar PKR dan sertai BN. Mereka sudah mula sedar bahawa perjuangan PKR hanya sia-sia dan tiada hala tuju serta hanya kerana Anwar Ibrahim.

2 komen:

  1. Menampakkan dengan jelas bahawa Parti Kote Reput langsung tidak ada Soul & Spirit terutamanya di-Sarawak dan Sabah....PKR is dead.

    ReplyDelete
  2. Seem some money maybe spend??

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger