Wednesday, February 27, 2013

SALAHKAN SPR JIKA PAKATAN PEMBANGKANG KALAH PRU-13



Di manakah demokrasi jika Pakatan Pembangkang kalah dalam PRU-13? Maka, Pakatan Pembangkang akan turun berdemontrasi di jalanan tanda bantahan dan menunjuk SPR sebagai punca kekalahan mereka.

Pada ketika ini Pakatan Pembangkang begitu yakin bahawa mereka akan berjaya menuju ke Putra Jaya biarpun menyedari peluang mereka sangat tipis. Untuk menyenangkan hati ahli-ahlinya, Pakatan Pembangkang akan menggunakan isu SPR sebagai punca kekalahan mereka jika ini benar-benar berlaku.

Ini diakui sendiri oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim semasa pembentangan manifesto Pakatan Pembangkang pada Isnin lepas.

"Kita tidak terlebih yakin. Kita mesti juga ada perikemanuasiaan untuk terima, kita berhadapan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya yang belum bebas dan bersih.

Dengan menganggap BN sebagai tamak haloba kerana mahukan kerusi 2/3 majoriti, Pakatan Pembangkang pun lebih tamak haloba kerana tidak berpijak di bumi nyata. Dengan keyakinan mereka akan berjaya menawan Putra Jaya, kekalahan di PRU-13 tidak akan dapat diterima dan SPR akan menjadi sasarannya.

Inilah perangai sebenar Pakatan Pembangkang yang tidak akan dapat menerima realiti bahawa kekalahan adalah disebabkan sikap mereka sendiri. Lihat saja beberapa kes di mahkamah yang menyebabkan mereka kalah, hakim dan pendakwaraya menjadi mangsa dengan merujuk kepada perlembagaan. Jika mereka menang, mereka akan bersikap sebaliknya seperti mana yang ditunjukkan mereka dalam perbicaraan liwat Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari biarpun dalam kenyataan mahkamah berlaku perlakuan liwat.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger