Tuesday, February 5, 2013

TAIB MAHMUD – ANWAR PERLU JAGA PARLIMEN PERMATANG PAUH DULU SEBELUM KE SARAWAK



Kekerapan Anwar Ibrahim datang dan berceramah ke Sarawak mendapat templak daripada Ketua Menteri Sarawak, Pehin Seri Abdul Taib Mahmud.

Adalah lebih baik Anwar Ibrahim jaga kawasan Parlimen Permatang Pauh yang diwakilinya daripada membuang masa melawat dan berceramah di Sarawak. Sebaliknya, kehadiran Anwar Ibrahim ke Sarawak hanya membazirkan wang Pakatan Pembangkang sahaja memandangkan rakyat Sarawak secara terang menolak Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang.

Sarawak yang ditadbir BN sejak menyertai Malaysia pada 1963 kini semakin maju dan terus dipelihara di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dengan artiket utamanya Pehin Seri Abdul Taib Mahmud.

Pada tahun lepas dianggarkan kehadiran Anwar Ibrahim ke Sarawak sekitar 2 bulan sekali dengan mengadakan ceramah bersama pemimpin Pakatan Pembangkang. Jika diikutkan bahawa kehadiran Anwar Ibrahim dan rombongan termasuk Zuraida Kamarudin hanyalah untuk menyerikan majlis ceramah Pakatan Pembangkang di Sarawak.

Umum mengetahui bahawa sekiranya pemimpin Pakatan Pembangkang Sarawak yang mengadakan ceramah tanpa kehadiran pemimpin Pakatan Pembangkang Pusat, nescaya ceramah itu TIDAK mendapat sambutan daripada rakyat Sarawak. Sebaliknya mereka yang hadir bukan hendak mendengar isi ceramah sebaliknya hanya untuk melihat wajah pemimpin Pakatan Pembangkang khususnya Anwar Ibrahim yang kini tidak seceria dahulu.

Menurut Taib lagi, Parlimen Permatang Pauh yang diwakilinya sejak menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri sehingga sekarang bukan sahaja tidak banyak berubah malah semakin terabai. Lebih membuatkan rakyat mahu menolak Anwar Ibrahim, beliau hanya pada nama sahaja sebagai wakil rakyat, tetapi tidak pernah nampak batang hidung.

Jika datang ke Sarawak, hanya janji-janji manis sahaja ditaburkannya sedangkan hendak menunaikannya hanya dalam mimpi sahaja.

Kerajaan Negeri Selangor telah memberikan contoh yang jelas dan sehingga menyebabkan rakyat Selangor sendiri yang menyaman Kerajaan Pakatan Pembangkang pimpinan Khalid Ibrahim.

Jika ini berlaku, macam mana hendak perintah Malaysia yang kini sedang berkembang maju menuju negara maju menejlang 2020. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger