Sunday, February 24, 2013

TAKUT KERANA RASUAH PAKATAN PEMBANGKANG ENGGAN TANDATANGANI IKRAR INTEGRITI PILIHAN RAYA




Pemimpin BN yang diketuai Pengerusinya Datuk Seri Najib Tun Razak telah menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya TI, membuat perisytiharan terbuka untuk mendukung integriti dan memperteguh komitmen beliau terhadap agenda negara dalam memerangi rasuah terutama pada PRU-13.

Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International merupakan kontrak sosial secara sukarela, dengan calon yang akan bertanding pada pilihan raya umum berikrar untuk menggalakkan integriti, tadbir urus baik, ketelusan dan akauntabiliti dalam kerajaan dan mendukung kedaulatan undang-undang.

Najib turut memberi komitmen bahawa sebaik sahaja nama calon BN bagi pilihan raya umum diumumkan, beliau akan memastikan semua calon menandatangani ikrar itu.

Bagaimanapun sehingga saat ini, tiada seorangpun wakil pemimpin Pakatan Pembangkang mahupun Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersetujun untuk menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya TI.

Sewajarnya pemimpin Pakatan Pembangkang menandatangi ikrar yang dilaksanakan atas inisiatif TI Malaysia kerana rakyat mahukan pemimpin serta wakil rakyat yang bukan sahaja berintegriti malah perlu menzahirkannya dalam bentuk tindakan.

Tetapi bagi pemimpin PAS, seperti yang ditegaskan Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa PAS tidak akan berbuat demikian dengan alasan niat dalam hati adalah lebih penting daripada menandatangani ikrar.

Wan Ahmad berkata Ikrar Integriti Pilihan Raya itu merupakan idea dan inisiatif Transparency International (TI) Malaysia yang merupakan badan bukan kerajaan antarabangsa yang memperjuangkan integriti dan bukan dilaksanakan sebuah parti politik.

Jangan hanya bercakap pasal rasuah di dalam ceramah-ceramah Pakatan Pembangkang tetapi apabila disuruh tandatangan Ikrar Integriti Pilihan Raya TI buat tidak tahu saja dan banyak berdolak dalih.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger