Thursday, February 21, 2013

TIBAI UCAP TAHNIAH KEPADA ANWAR IBRAHIM




Tiada perkataan lain yang sesuai diucapkan kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim selain perkataan ‘Tahniah’ kerana membuka temberang sebenar apabila memperlekeh kredibiliti Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat sebanyak dua kali dalam isu kalimah Allah.

Keaiban terhadap kedua-dua pemimpin PAS itu bukanlah kali pertama sebaliknya sebanyak dua kali, iaitu pada 8 Januari dan 10 Februari lepas.

Pada 8 Januari lalu, Anwar Ibrahim telah ‘memerangkap’ Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz berhubung persetujuan Pakatan Pembangkang dalam menggunakan Kalimah Allah bagi bukan Islam dan Bible Bahasa Melayu. Namun, temberang Anwar Ibrahim itu berjaya dihidu apabila Majlis Syura Ulama PAS membuat keputusan sebaliknya dengan menolak persetujuan bersama yang dibuat pada 8 Januari itu setelah dan selepas diasak pemimpin akar umbi PAS dan rakyat Melayu termasuk di kalangan pemimpin UMNO.

Manakala, pada 10 Februari lepas ketika lawatan Anwar Ibrahim ke Sabah dan berucap di hadapan rakyat Sabah yang bukan beragama Islam berkenaan kalimah Allah telah terbongkar apabila video ucapan Anwar Ibrahim itu diupload dan disebarkan di dalam youtube.

Kelmarin akhbar berbahasa Inggeris menyiarkan pendedahan video ucapan Anwar yang berkata: "Nik Aziz no longer understands Islam. Hadi Awang too. He just follows (Nik Aziz tidak lagi faham Islam. Hadi Awang juga. Dia hanya mengikut).

"Kini terbongkar pula video ucapan Anwar yang memperlekeh ilmu agama Abdul Hadi serta Nik Abdul Aziz dalam isu kalimah Allah dan kenyataan itu dibuat di hadapan orang bukan Islam di Sabah. Di mana pemimpin Pas mahu letak muka, bagi saya ini penghinaan.

"Tindakan Anwar memperlekeh ini seolah-olah hanya beliau sahaja yang berusaha mengembangkan syiar Islam seperti menyokong pluralisme, liberalisme dan mendakwa undang-undang homoseksual sebagai lapuk.

Perbuatan Anwar Ibrahim itu disifatkan ramai pihak termasuk ahli-ahli PAS sebagai sebagai suatu penghinaan kepada Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz kerana selepas 'terperangkap' dengan permainan politik pada 8 Januari lalu, ilmu agama pemimpin PAS itu pula diperlekehkan Ketua Pembangkang.

1 komen:

  1. Dlm dunia politik istilah kawan dan lawan menjadi makanan ahli politikus. Hari ini kawan setia tetapi esok musuh ketat. Caci mencaci, hina menghina, tuduh menuduh, saman menyaman adalah antara mainan mereka. Tak de kejutan atau kelainan pun.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger