Wednesday, February 27, 2013

‘TUKAR’ KERUSI PARLIMEN TANDA PEMIMPIN PKR GAGAL



PRU-13 kali ini akan menyaksikan ramai pemimpin PKR yang ‘ternama’ bertukar kerusi ekoran kegagalan mereka menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat di kawasan yang disandang. Ini bagi mengelak kekalahan teruk dalam PRU-13 dengan Pakatan Pembangkang mensasarkan kemenangan mutlak menuju Putrajaya.

Terbaru, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail sah akan bertanding di kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu. Sebelum ini beliau merupakan Ahli Parlimen Machang.

Ini dinyatakan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim ketika mengadakan ceramah di Padang Majlis Daerah Machang.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-12, kerusi Bandar-Kulim Baharu dimenangi calon PKR, Zulkifli Noordin dengan majoriti 5,583 undi.

Zulkifli bagaimanapun meninggalkan PKR tiga tahun lalu dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Begitupun, pertukaran Saifuddin itu bukanlah yang pertama bahkan desas-desus Anwar Ibrahim sebagai penyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh juga dikatakan akan bertukar tangan.

Anwar Ibrahim dikhabarkan tidak akan mempertahankan kerusi Permatang Pauh setelah kawasan itu digempur habis-habisan BN dan kegagalan Anwar Ibrahim membangunkan serta menjalankan kewajipannya terhadap rakyat di kawasan itu. Anwar Ibrahim dijangka akan bertanding di salah satu kerusi di Selangor dalam usaha mempertahankan Selangor daripada jatuh ke tangan BN.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger