Saturday, February 23, 2013

WONG HO LENG UMUM TIDAK PERTAHANKAN PARLIMEN P.212 SIBU ATAS FAKTOR PENYAKIT GLIOMA




Penyandang Parlimen P.212 Sibu, Richard Wong Ho Leng yang juga Pengerusi DAP Sarawak dalam sidang akhbarnya petang tadi memaklumkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi P.212 Sibu atas sebab penyakit glioma iaitu sejenis tumor otak yang dihidapinya pada penghujung tahun 2012.

Wong Ho Leng yang juga ADUN Bukit Assek telah memenangi Parlimen P.212 Sibu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 2010 dengan menewaskan calon BN-SUPP, Robert Lau Hui Yew dan Narawi Haron dari Bebas.

Keputusan itu telahpun dimaklum dan dipersetujui oleh Setiausaha DAP, Lim Guan Eng.

Wong Ho Leng telah mengalami penyakit glioma iaitu sejenis tumor otak sehingga menjejaskan pertuturan dan sukar menelan makanan.

Penyakit itu dikesan pakar bedah neuro menerusi imbasan otak pada 20 Disember lepas. "Saya kini mendapatkan radioterapi dan kemoterapi di Hospital Mount Elizabeth, Singapura sejak 8 Januari bagi tempoh lapan minggu.

Dalam menangani penyakit yang dihidapinya itu, Wong Ho Leng juga pernah mengalami kontroversi apabila isterinya, Irene Chang telah menyatakan DAP Sarawak tidak pernah mengambil berat terhadap penderitaan yang dialami suaminya seperti mana yang disiarkan dalam akhbar berbahasa Inggeris.

Akhbar itu telah menggambarkan Irene bersedih dan menyelar parti kerana gagal memberikan sokongan kewangan kepada suaminya yang menghidapi ketumbuhan di otak.

Dan, desas-desus mengenai kedudukan Wong Ho Leng di Parlimen P.212 Sibu akhirnya terjawab dengan tidak akan mempertahankan kerusi ‘panas’ itu. Ternyata sokongan dan undi pengundi di Sibu pada PRK P.212 Sibu lepas tidak berbaloi dan merugikan.

Difahamkan DAP Sarawak sudah ada pengganti untuk bertanding di Parlimen P.212 Sibu sejak kesihatan Wong Ho Leng menjadi tanda tanya. Desas-desus mengatakan DAP akan menyenaraikan Oscar Ling sebagai calon pengganti kepada Wong Ho Leng.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger