Friday, March 15, 2013

ADUN TERATAI DAP JENICE LEE DISIASAT DAKWA SALAH GUNA WANG RAKYAT



Sebelum ini 6 orang ahli DAP Sarawak Cawangan Miri dipecat serta merta daripada parti itu dalam surat bertarikh 11 Mac 2013 yang telah ditandatangani oleh Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tan Kok Wai.

Terbaru, Jawatankuasa Disiplin DAP telah memanggil Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teratai, Jenice Lee bersama Pembantu Khasnya, Lee Suan Ba bagi memberi keterangan atas dakwaan penyelewengan dan salah guna wang.

Kedua-dua ADUN dan Pembantu Khasnya telah didakwa menyalahgunakan sebahagian daripada wang berjumlah RM32,000 yang diperuntukkan bagi membina dinding penahan di Taman Seraya, Cheras, pada tahun 2011.

Menurut wakil Jawatankuasa Displin DAP, Tan Kok Wai Jenice turut diminta memberi keterangan sebagai saksi dalam kes yang sama setelah mengeluarkan surat sokongan bagi projek berkenaan.

Dalam kes ini, tiga buah keluarga di Taman Seraya telah meminta bantuan Suan Ba untuk membina dinding penahan berhampiran rumah mereka.

Katanya, pembinaan tersebut diperlukan untuk mengelakkan pejalan kaki daripada membaling objek ke arah tiga buah rumah yang terletak berdekatan jalan utama di kawasan berkenaan.

Difahamkan, Suan Ba telah mengumpul wang berjumlah RM32, 000 daripada tiga keluarga dan didakwa menjalankan pembinaan dinding dengan bantuan kontraktor bebas sekaligus dituduh mengambil sebahagian daripada wang peruntukan berkenaan.

Pembinaan dinding adalah haram kerana tanah di mana projek tersebut dikendalikan di bawah Jabatan Tanah dan Galian.

Seperti biasa, ADUN DAP Teratai itu menyifatkannya sebagai satu konspirasi politik bagi menghalang beliau bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Sebelum ini, Pemimpin DAP Selangor itu berdepan beberapa tuduhan melibatkan penyelewengan termasuklah laporan Persatuan Penduduk Pandan Perdana yang diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mendesak siasatan ke atas beliau berhubung dakwaan salah guna wang derma bagi pembinaan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di kawasan mereka.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger