Friday, March 8, 2013

ANWAR IBRAHIM SAMAN UTUSAN MALAYSIA DAN TV3 TETAPI TIDAK REUTERS DAN FILIPINA THE PHILIPINE INQUIRER



Hari ini, Jumaat, Anwar Ibrahim telah memfailkan saman fitnah dan menuntut RM100 juta terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Bhd, Sistem Televisyen Malaysia Bhd (TV3), serta tiga defendan lain berhubung berita yang mengaitkan beliau dengan pencerobohan bersenjata di Sabah.

Beliau memfail saman itu melalui pejabat peguam Tetuan Daim & Gammy di kaunter pendaftaran Mahkamah Sivil kira-kira pukul 10.30 pagi.
  
Anwar, 66, menamakan Utusan dan pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan pertama dan kedua, diikuti oleh TV3 dan pengarang urusan kumpulan Datuk Shahruddin Abdul Latif sebagai defendan ketiga dan keempat.
  
Pengarang berita Buletin Utama, Ing Boon Seng dinamakan sebagai defendan terakhir.
  
Plaintif juga memohon injunksi untuk menghalang defendan-defendan daripada menerbitkan atau menyiarkan mana-mana perkataan fitnah terhadap beliau. 

Persoalannya kini kenapakah Anwar Ibrahim tidak menyaman akhbar antarabangsa seperti Reuters dan Filipina The Philipine Inquirer yang terlebih dahulu menyiarkan artikel tersebut? Sepatutnya Anwar Ibrahim saman media antarabangsa yang menjadi saluran pertama yang membongkarkan rahsia keterlibatan Anwar Ibrahim.

4 komen:

  1. duit saman nak sponsor lanun suluk

    ReplyDelete
  2. dah dah la Nuar.1 dunia dah tahu siapa Anwar bin ibrahim.

    ReplyDelete
  3. Kat malaysia saja dia boleh menang,Sebab kebanyakan loyer dan peguam anti kerajaan.Kalau dia saman Reuters dan The Philipine inquirer dah sah sah memang dia tak boleh memang punya.Jadi buat apa dia nak membazir saman yang dia tak boleh menang.

    ReplyDelete
  4. Kenapa sikit sangat. Mintalah 1 billion. Kemudian boleh agih pada rakyat miskin. Ysng masih ramai.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger