Wednesday, March 6, 2013

APAKAH INSIDEN BERDARAH DI LAHAD DATU ANGKARA PAKATAN PEMBANGKANG?



Kenapa kejadian pencerobohan rakyat Sulu ke atas Sabah seperti yang berlaku di Lahad Datu dan Semporna terjadi pada waktu hampir PRU-13? Kenapa tidak sebelum ini dan kenapa sekarang? Inilah persoalan yang bermain di fikiran ramai pihak termasuk pemimpin Kerajaan.

Tidak keterlaluan jika dikatakan ini semua angkara Pakatan Pembangkang? Namun, ianya telah dinafikan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang terpaksa mengadakan sidang media bagi membersihkan namanya atas dakwaan sebagai pencetus kepada pencerobohan ini seperti yang dilaporkan Reuters dan portal Filipina The Philipine Inquirer.

Persoalan kini, kenapa tidak menyaman saja Reuters dan portal Filipina The Philipine Inquirer yang secara terang menuduh Pakatan Pembangkang dan Anwar Ibrahim? Kenapa hanya menyaman Utusan Malaysia dan TV3?

Apakah ada perjanjian sulit yang membabitkan Pakatan Pembangkang dan Kesultanan Sulu yang tidak mempunyai negara itu seperti yang diperkatakan kedua-dua akhbar antarabangsa itu?

Apa pun hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahuinya dan pastinya akan melaknat mereka yang berusaha menghuru-harakan kerajaan Islam yang aman seperti Malaysia.

Wallahualam....

1 komen:

  1. malaysia negara Islam kah...are sure...?


    zam-mukah

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger