Friday, March 8, 2013

APAKAH MASYARAKAT INDIA MASIH MAHU MENGUNDI DAP DAN PAKATAN PEMBANGKANG SELEPAS KECELUPARAN MULUT NGEH KOO HAM?



Akibat daripada tweet Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham yang berbunyai “For too long Beruas Indians hv been cheated of their votes by BN's sarees, Milo, mutton curry & beers. (Sejak sekian lama, undi masyarakat India di Beruas telah ditipu dengan pakaian sari BN, Milo, kari kambing dan bir)” telah mencetuskan kemarahan masyarakat India di seluruh negara.

Jelas beberapa penduduk India, tweet daripada Ngeh Koo Ham itu berbaur penghinaan selepas menggambarkan undi masyarakat India boleh dibeli dengan sogokan seperti wang dan minuman keras. Seperti mana keceluparan Tian Chua, masyarakat India mahu Ngeh Koo Ham memohon maaf secara terbuka.

Bagi ramai pembaca dan rakyat Malaysia, tweet daripada Pengerusi DAP Perak itu amat biadab dan keterlaluan. Ini sangat menyentuh soal perkauman yang seolah-olah mengiyakan DAP sebagai parti rasis.

Ahli Jawatankuasa Tertinggi Parti Makkal Sakti Malaysia, V. Nambi menegaskan, Koo Ham perlu meminta maaf secara terbuka kerana kenyataannya itu mengguris perasaan masyarakat India seolah-olah mereka boleh dibeli dengan wang.

Nambi turut mempersoalkan kenapa Koo Ham mempertikaikan bantuan yang diberi kerajaan kepada kaum India dengan menggambarkannya sebagai sogokan sedangkan beliau tidak komited membantu rakyat di kawasannya sendiri.

"Koo Ham gagal melaksanakan tanggungjawab membantu pengundi di kawasannya, sebaliknya mencari isu untuk menjatuhkan nama baik kaum India. Dia perlu minta maaf kerana mengeluarkan kenyataan menghina seperti itu.

"Kami bagi amaran keras, jangan cemar nama kaum India. Kalau dia tidak boleh buat kerja untuk kami pengundi India, letak sahaja jawatan," katanya.

Koo Ham dalam laman Twitternya baru-baru ini mengeluarkan kenyataan berbunyi: For too long Beruas Indians hv been cheated of their votes by BN's sarees, Milo, mutton curry & beers. (Sejak sekian lama, undi masyarakat India di Beruas telah ditipu dengan pakaian sari BN, Milo, kari kambing dan bir).

Kenyataan Koo Ham itu dibuat selepas Timbalan Pengerusi Gerakan, Chang Ko Youn mengadakan jamuan makan malam di sebuah restoran di Pantai Remis dekat sini, dengan menjemput pemimpin masyarakat India di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BN) Parlimen Beruas, N. Kumaran berkata, kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan itu sangat biadab dan bersifat menghina.

"Dia seolah-olah menggambarkan kaum India suka minum dan mabuk. Kita minta dia minta maaf segera. Jangan sesuka hati buat kenyataan yang boleh menyinggung perasaan orang lain," tegasnya.

Ahli Majlis Tertinggi MIC, Datuk S. Veerasingam pula berkata, Koo Ham tidak menunjukkan sikap seorang pemimpin bertanggungjawab kerana sanggup mengeluarkan kenyataan yang disifatkan terlalu biadab.

"Kami menerima panggilan daripada masyarakat India yang menyatakan rasa tidak puas hati dengan kenyataan Koo Ham, itu satu penghinaan yang tidak boleh diterima dan dia perlu meminta maaf," ujarnya.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger