Saturday, March 16, 2013

ARAHAN NIK AZIZ GAMBAR ANWAR IBRAHIM BERSAMA ‘JANTAN’ DALAM HARAKAH DAILY DIKELUARKAN?



Tidak sampai 24 jam artikel ‘Gambar Anwar bercumbu dengan lelaki mula beredar’ disiarkan dalam Harakah Daily akhirnya artikel tersebut ‘terpaksa’ atau ‘dipaksa’ tarik keluar kerana dikatakan menyiarkan gambar porno yang menjejaskan reputasi Ketua Umum PKR yang juga Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Gambar terbaru aksi-aksi Anwar Ibrahim kini mula berlegar-legar di alam maya dan ini pastinya merendahkan lagi maruah Anwar Ibrahim yang sekarng sudah semakin parah maruahnya. Yang pasti kini, isterinya Wan Azizah akan menghitung hari apakah akan mula memikirkan masa depannya bersama Anwar setelah aksi-aksi panas Anwar bersama ‘jantan’ mula tersebar.

Berbalik kepada penarikan balik artikel tersebut, nampak sangat bahawa keluarga PAS termasuk penerbit Harakah Daily mudah dicucuk hidung walaupun menyedari aksi-aksi terbaru Anwar Ibrahim itu adalah benar.

Melihat kejadian terbaru ini, sebenarnya ini bukan kali pertama PAS terpaksa mengikut kehendak dan telunjuk Anwar Ibrahim bahkan sudah banyak kali seperti video seks Anwar bersama Chinadoll, Kalimah Allah dan sebagainya.

Harus diingat juga bahawa dalam PAS sendiri ada kumpulan Anwarinas yang selama ini melindungi dan mempengaruhi PAS berhubung moral Anwar Ibrahim. Syabas dan tahniah kepada mereka yang berada dalam kumpulan Anwarinas. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger