Tuesday, March 12, 2013

CERAMAH PERDANA PAS TAPI ADUN DAP YANG MARAH



Semasa Mat Sabu dan rombongan menyampaikan ceramah di Pekan Niah, termasuk ADUN DAP, Alan Ling mereka dikejutkan dengan bunyi muzik yang nyaring hingga menganggu tumpuan pendengar dan penceramah. Ini mengakibatkan Alan Ling marah dan cuba untuk mencari di manakah datangnya bunyi bising itu.

Tanpa usul periksa dan dakwaan melulu, Alan Ling dalam ucapannya terus menuduh ini perbuatan BN yang cuba merosakkan majlis Pakatan Pembangkang. Maka, bermacam kata-kata kesat yang telah dilontarkan ADUN DAP itu hingga membuatkan penonton yang hadir dan mendengarnya berasa kurang selesa. Ini kerana itu bukan budaya rakyat Sarawak yang menuduh orang lain tanpa usul periksa.

Tidak cukup dengan dakwaan dan tuduhan palsu Alan Ling menerusi ceramah, beliau telah pergi ke tempat tersebut dan mendapat bunyi bising itu datangnya dari sebuah Tadika yang sedang mengadakan sukaneka. Dengan nada marah lagi angkuh, Alan Ling meminta guru tadika itu menutup muzik kerana menganggu Ceramah Perdana PAS. Tindakan Alan Ling sangat tidak disenangi ibu bapa tadika yang menganggap perbuatan ADUN DAP itu sebagai biadap.

Seperti pemimpin DAP yang lain, Alan Ling tidak mengaku kesalahan dia di atas tuduhan bunyi bising itu datangnya daripada BN sebaliknya cuba mengalih perhatian dengan membuat tuduhan lain.

Namun begitu, penduduk dan rakyat di Sibuti tidak terlalu bodoh untuk dipermainkan Alan Ling dan pemimpin Pakatan Pembangkang termasuk Mat Sabu yang secara asasnya ‘kecewa’ dengan lawatannya ke Parlimen Sibuti.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger