Tuesday, March 19, 2013

KEBANYAKAN ‘TETAMU’ YANG HADIR DI PROGRAM ANWAR IBRAHIM DI BELAGA DIIMPORT DARI MIRI




Lebih mengejutkan rakyat Sarawak ialah PKR sanggup mengimport penyokong-penyokong PKR dari Suai, Miri untuk menghadiri Jelajah Anwar Ibrahim di Uma Badeng, Belaga. Ini diakui sendiri penyokong PKR yang hadir dan semata-mata mahu menjaga hati Anwar Ibrahim. Jika tidak kerana kehadiran mereka (penyokong PKR Suai) nescaya Jelajah Anwar Ibrahim di Uma Badeng tidak akan dihadiri rakyat Sarawak.

Lebih memeranjatkan ketua Blok atau ketua rumah bilik tempat Anwar Ibrahim berceramah tidak kelihatan. Ini secara jelas membuktikan kehadiran Anwar Ibrahim ke Sarawak tidak dialu-alukan sebaliknya hanya ‘drama’ PKR sahaja yang mengatakan Anwar Ibrahim diterima rakyat.

Orang yang bertanggungjawab membawa Anwar Ibrahim ke Belaga ialah Abun Sui, calon PKR di Parlimen Hulu Rajang. Namun, penerimaan rakyat terhadap Anwar Ibrahim kini tidak seperti dahulu lagi kerana kebanyakan penyokong tegar PKR di Belaga telah kembali kepada BN.

Akibat daripada ketaksuban politik pembangkang hingga mengenepikan soal adat dan budaya kaum di Sarawak menyebabkan rakyat Sarawak tidak menerima kehadiran pembangkang. Sudah menjadi adat setiap kaum, jika bertandang dan datang ke rumah atau kawasan orang hendaklah memberi salam. Jangan main redah sahaja.

Ini sekaligus memberikan petanda bahawa Pakatan Pembangkang terutama PKR tidak kuat di Sarawak dan rakyat Sarawak kini sudah bosan dengan permainan politik pemimpin Pakatan Pembangkang.

2 komen:

  1. Kesian segelintir pakcik2 dan makcik2 yg masih lagi di-perbodohkan dan di-tipu oleh anugerah tuhan celup.

    ReplyDelete
  2. Aku benci anwar ibrahim.. jgn dia boleh permainkan kaum pribumi sesuka hati dia kalau taknak mampos cisshh.. gay!

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger