Sunday, March 17, 2013

KELUARGA PI BALA DIPERALATKAN POLITIK PAKATAN PEMBANGKANG?



Selepas kematian penyiasat persendirian P. Balasubramaniam (PI Bala) apakah akan ada lagi fitnah-fitnah terbaru yang akan dilakukan PKR dan Pakatan Pembangkang khususnya Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), R. Sivarasa terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Seperti biasa dalam insiden kontroversi, PKR dan DAP khususnya akan melantik pakar dari luar negara untuk melakukan bedah siasat ke atas kematian yang diragui. Ini tidak mustahil dilakukan kepada Pi Bala yang ramai pemimpin Pakatan Pembangkang mengatakan penyiasat persendirian itu mati disebabkan perbuatan orang BN walaupun puncanya disebabkan sakit jantung.

PKR dan Pakatan Pembangkang juga tidak akan sesekali berhenti daripada melakukan fitnah kerana fitnah sudah menjadi asam garam mereka untuk menjatuhkan pemimpin BN biarpun enggan melakukan sumpah laknat bagi pemimpin pembangkang yang beragama Islam.

Adalah tidak mustahil juga PKR akan mempergunakan keluarga Pi Bala untuk meneruskan perancangan fitnah pakatan pembangkang terhadap Perdana Menteri seperti mana yang dilakukan mereka kepada keluarga Teo Beng Hock. Pakatan Pembangkang akan mempergunakan apa sahaja untuk kepentingan politik mereka biarpun terpaksa mempergunakan keluarga mangsa.

1 komen:

  1. hahahha...padan muka....ada pemimpin pkr dtg??? anwar??

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger