Wednesday, March 13, 2013

KUALITI PEMBANGKANG DI MALAYSIA DITAHAP MORAL PALING RENDAH



Tindakan pembangkang yang berterusan mempolitikkan isu pencerobohan pengganas Sulu di Sabah dilihat sebagai strategi mengalih perhatian rakyat selepas turut dikaitkan dengan insiden tersebut. Ini kerana pembangkang sudah kekeringan isu untuk terus memburukkan Kerajaan BN yang kini dilandasan yang betul untuk terus dipilih rakyat dalam PRU-13 akan datang.

Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, pembangkang juga cuba mengambil peluang memperkecilkan kemampuan negara menangani isu itu termasuk dalam penggunaan pesawat komersial bagi menghantar pasukan keselamatan ke Sabah.

Disebabkan tiada lagi isu dan hujah terbaru yang boleh mempengaruhi rakyat untuk terus menyokong Pakatan Pembangkang, akhirnya mereka menjadikan isu remeh temeh sebagai modal untuk menghentam Kerajaan biarpun ini dilihat sebagai suatu langkah yang terdesak.

Bagaimanapun, menurut beliau, rakyat hari ini sudah semakin bijak dan tidak mudah terpengaruh dengan strategi pembangkang yang hanya bermatlamat memburuk-burukkan kerajaan.

"Inilah kualiti pembangkang di negara ini, sering kali meletakkan kesalahan terhadap kerajaan tanpa memikirkan baik dan buruk sesuatu tindakan serta tidak memikirkan soal nyawa rakyat dan keamanan negara.

"Dalam isu penggunaan pesawat komersial itu, kerajaan pastinya perlu menggunakan apa-apa jua sumber terbaik bagi melindungi keselamatan negara.

Sementara itu, Pensyarah di Jabatan Pengajian, Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Jayum Jawan berkata, pembangkang tidak sewajarnya mempersoalkan usaha kerajaan tersebut memandangkan melibatkan soal nyawa rakyat dan keamanan negara.

"Ramai yang melihat pendekatan itu merupakan langkah bijak yang diambil kerajaan memandangkan pesawat komersial lebih praktikal dari segi kos dan masa.

Dalam masa sama, katanya, langkah itu juga membolehkan kerajaan memaksimumkan penggunaan pesawat tentera untuk mengangkut keperluan logistik ketenteraan lain bagi memastikan misi menamatkan pencerobohan pengganas tersebut berjaya diselesaikan segera.

Inilah kualiti pembangkang di Malaysia yang kini terletak di tahap yang paling teruk dalam peratusan kualiti. Mereka bukan hanya sibuk dengan hal remeh temeh juga menjadikan isu peribadi sebagai modal walaupun menyedari itu tidak akan mendorong rakyat untuk terus menyokong mereka. 

2 komen:

  1. kajian nisbah kefungsian antara pembangkang amerika syarikat dan pembangkang malaysia ; 8 : 3.
    kefungsian yang diambil kira ialah
    1. membantu kerajaan yang memerintah,
    2. mengimbangi keputusan kerajaan yang memerintah,
    3. menyokong keputusan kerajaan yang baik untuk rakyat,
    4. menyumbang idea membantu kerajaan yang memerintah.
    nisbah ini menunjukkan betapa hodoh dan amat teruknya fungsi pembangkang malaysia dalam pengamalan demokrasi dalam sistem pemerintahan. skor dibawah 5 menunjukkan bahawa pembangkang malaysia tidak membantu pemerintah dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat melainkan hanya bercita-cita merampas kuasa.
    huh!!!! buruk betul la......

    ReplyDelete
  2. Tak heranlah wajah nurul puaka se-makin buruk dan hodoh sama dengan bapanya.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger