Saturday, March 2, 2013

NIK AZIZ BAGI GELARAN ‘MUFTA’ KEPADA MUFTI PERAK



Akibat sakit telinga dan kepedasan menerima templak daripada Mufti Perak, Tan Sri Harussani dalam sebuah akhbar yang menyatakan sikap PAS lebih teruk daripada kafir, Nik Aziz kini melancarkan serangan peribadi kepada Mufti Perak itu.

Nik Abdul Aziz seterusnya mengelar mufti berkenaan sebagai ‘mufta’ iaitu orang yang tidak pandai yang perlu diberi petua oleh orang lain selain turut melabel Harussani sebagai mabuk dan tidak sedar diri kerana didakwa membuat kritikan tanpa rujukan kedua-dua pihak.

Dengan nada marah, Nik Aziz memperjelaskan supaya dengar penjelasan dahulu daripada beliau sebelum menuduh yang bukan-bukan. Ini merujuk kepada kenyataan Nik Aziz yang menganggap penerima BR1M itu sempama binatang.

“Mufti apa begini? Ini bukan mufti tapi ‘mufta’, kata Nik Aziz lagi.

Nampak sangat Nik Aziz sukar ditegur dan kuat melenting. Tetapi, jika beliau membuat kenyataan yang meragukan seperti penerima BR1M seumpama binatang boleh pula.

Disarankan di sini ‘ulama’ PAS ini sayang-sayanglah mulut itu sebelum tidak boleh berkata apa-apa kerana asyik memburukan orang lain yang sesama Islam.

2 komen:

  1. Nik ajis suka memantat ,,nak buat camne

    ReplyDelete
  2. Ybhg DS Harussani, Nik Ajis suruh dengar dulu cakap dia Listen! Listen! Listen! LIsten! Sebab dia nak tegakkan benang basah dia tu. Biar dia melalak meracau sensorang. Orang tua nyanyuk.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger