Wednesday, March 27, 2013

PAS NAK BUNUH TUN MAHATHIR! INIKAH SEBUAH PARTI ISLAM?



Rakyat boleh bandingkan wajah dan sikap sebenar pemimpin PAS yang selama ini memperalatkan Islam sebagai teras parti itu. Selepas insiden Amanat Haji Hadi, PAS kini terbongkar rahsianya apabila matlamat mahu membunuh Tun Mahathir semasa pemerintahan didedahkan bekas-bekas pemimpin PAS.

Begitu pun, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir memaafkan ahli-ahli PAS yang pernah merancang untuk membunuhnya. Dengan sikap rendah diri, Tun Dr Mahathir mahu membunuh itu tidak dijadikan budaya di Malaysia.

Bermusuh dalam politik sehingga sanggup membunuh diharap tidak menjadi budaya Malaysia, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan terbuka bekas anggota Pas seumur hidup, Zainol Ismail yang berhasrat bertemu Dr Mahathir untuk memohon maaf kerana pernah merancang membunuh bekas perdana menteri itu pada 1988.

"Saya pun tidak sedar ada ada perancangan hendak bunuh saya, sebab saya ini berjalan merata tempat serta tidak pernah rasa takut, sekarang ini baru tahu ada orang hendak bunuh saya. "Saya tiada apa-apa, saya harap ini tidak menjadi budaya Malaysia.

Di Malaysia kalau kita tidak bersetuju atau bermusuh dalam politik, tidaklah sampai tahap nak bunuh. "Saya tiada masalah untuk maafkan dia, saya maaf orang lain juga kalau ada," kata Dr Mahathir kepada pemberita pada Forum Perdana 'Membina Peradaban Bangsa Melayu Berteraskan Tamadun Islam' di bangunan Parlimen semalam.

Dr Mahathir menjadi anggota panel forum itu bersama bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad dan tokoh korporat Tan Sri Muhammad Ali Hashim. Media tempatan semalam melaporkan Zainol atau lebih dikenali sebagai CN Afghani, membuat pengakuan bahawa rancangan melakukan pembunuhan itu timbul, kerana terpengaruh dengan 'Amanat Haji Hadi' yang mendakwa UMNO kafir.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger