Tuesday, March 5, 2013

PENCACAI PEMBANGKANG PERSOALKAN TENTERA PAKAI PESAWAT AIR ASIA



Keputusan Kerajaan menghantar lebih ramai batilion tentera Malaysia ke Lahad Datu disambut dengan baik rakyat Malaysia yang mahukan tragedi di Lahad Datu diselesaikan segera dan seterusnya menamatkan pertumbahan darah.

Bagaimanapun, bagi pencacai Pakatan Pembangkang di media sosial yang mempersoalkan pasukan tentera menggunakan pesawat Air Asia mendapat reaksi yang pelbagai daripada rakyat Malaysia. Kenapakah perlunya pencacai Pakatan Pembangkang mempersoalkan tentera menggunakan pesawat Air Asia?

Apakah dengan mempersoalkan penggunaan pesawat Air Asia boleh menyelesaikan masalah di Lahad Datu? Ternyata, pencacai Pakatan Pembangkang ini cuba untuk mengalih perhatian rakyat daripada insiden kehilangan nyawa anggota polis kepada soal remeh temeh.


Selama ini pun pihak tentera menggunakan pesawat Air Asia untuk berulang alik dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak tanpa sebarang permasalahan. Ternyata pencacai Pakatan Pembangkang tidak mahu insiden pencerobohan di Lahad Datu itu ditamatkan segera bagi mengalih tumpuan rakyat yang sebelum ini menunggu PRU-13.

2 komen:

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger