Friday, March 1, 2013

PENYOKONG PKR ‘TIDAK RESTUI’ PENCALONAN PAS DI PARLIMEN P.197 KOTA SAMARAHAN



Kerusi Parlimen P.197 Kota Samarahan sehingga kini masih dianggap ‘panas’ biarpun Pakatan Pembangkang telah mengumumkan calon PAS akan melawan calon BN-PBB pada PRU-13 akan datang ini.

Pakatan Pembangkang sebelum ini telah mencalonkan Penyelaras PAS bagi Parlimen P.197 Kota Samarahan, Abang Ahmad Kerdee sebagai calon PAS di kawasan itu. Pencalonan ini telahpun dimaklumkan Pengerusi PAS Perak, Nizar Jamaluddin sewaktu mengadakan Ceramah Kebangkitan Rakyat di Kampung Tanjong Bundung pada akhir Januari lepas.

Pengumuman PAS sebagai calon Pakatan Pembangkang sangat tidak direstui pemimpin dan penyokong PKR di Samarahan. Ini kerana PKR sebelum ini dilihat berpeluang cerah untuk bertanding di situ selepas kenaikan undi PKR di DUN Asajaya pada PRN Sarawak Ke-10.

Manakala, calon PAS yang bertanding di DUN Muara Tuang pada PRN Sarawak Ke-10 lepas kurang memberansangkan dan tidak mendapat sambutan. Atas alasan itu, PKR lebih berpeluang berbanding PAS. Kedua-dua DUN itu terletak di bawah Parlimen P.197 Kota Samarahan.

Dan, apabila PAS secara rasmi mengumumkan calonnya, ramai di kalangan pemimpin PKR dan penyokong PKR Cabang Samarahan berasa tidak berpuashati.

Menurut sumber dalaman, pemimpin dan penyokong PKR Cabang Samarahan tidak merestui pencalonan PAS di kawasan Parlimen P.197 Kota Samarahan atas alasan mereka tidak popular dan imej Islam PAS sudah tercemar. Juga, PKR Cabang Samarahan sebelum ini telah lama bertapak dan memberikan bantuan kepada pengundi di Kota Samarahan hingga membuatkan mereka lebih diterima rakyat berbanding PAS.

Malah, dengan nada tegas menunjukkan pengundi di Parlimen P.197 Kota Samarahan lebih mengenali bakal calon PKR yang juga pernah dicalonkan dalam DUN Asajaya, Arip Ameeran.

Arip Ameeran yang merupakan peguam syariah dilihat sebagai calon disebut-sebut PKR untuk bertanding di Parlimen Samarahan setelah PAS dilihat bakal bertanding di Parlimen Batang Sadong.

Tidak cukup dengan itu, PAS sebelum ini juga akan mengumumkan calon mereka yang akan bertanding di Parlimen P.200 Batang Sadong. Ini sangat mendukacitakan PKR yang selama ini mahu bertanding di kedua-dua kawasan Parlimen yang yang majoritinya Melayu.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger