Tuesday, March 12, 2013

PERMAINAN DAN TAKTIK KOTOR PAS TERHADAP BN SARAWAK



Disebabkan tiada lagi modal dan isu politik yang boleh menggugat BN di Parlimen Sibuti, PAS parti yang akan bertanding di kawasan tersebut secara sengaja telah mensabotaj BN apabila mengadakan Ceramah Perdana di bawah premis BN-PBB. Ini bertujuan untuk membuktikan mereka (PAS) relevan di Sibuti berbanding BN-PBB.

Melihat kepada perkembangan terbaru ini jelas bahawa PAS bukan sahaja berniat jahat dan kotor malah sengaja melakukan provokasi melampau ke atas BN-PBB di Parlimen Sibuti.

Hakikatnya ramai penduduk di Parlimen Sibuti berang dengan cara terbaru PAS dan Pakatan Pembangkang biarpun cuba membawa Timbalan Presiden PAS, Mat @ Mohamad Sabu untuk berceramah di Parlimen Sibuti.

Kehadiran Mat Sabu di Parlimen Sibuti sangat tidak dialu-alukan rakyat terutama masyarakat Iban kerana mengetahui pemimpin PAS itu menyokong perjuangan komunis berbanding perjuangan anggota polis Malaysia. Seperti rakannya, Tian Chua yang kini bersembunyi akibat keceluparan mulutnya, Mat Sabu juga tidak kurang celuparnya apabila terus mengaitkan insiden berdarah di Lahad Datu dan Semporna, Sabah dicetuskan UMNO dan BN.

Inilah pemimpin Islam yang secara terang melakukan fitnah ke atas orang Melayu di Malaysia dengan mengaitkan UMNO (parti orang Melayu) dengan pencerobohan (pengikut Sulu) di Sabah hingga mengorbakan 8 orang pejuang keselamatan negara.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger