Tuesday, March 19, 2013

PKR BELAGA JUGA KIAN PARAH MENANTI BELAH DAN MUSNAH




Ketika hendak menghadapi PRU-13, Pakatan Pembangkang khususnya PKR kini retak menanti belah ekoran masalah dalaman yang dihadapi mereka khususnya dalam pemilihan calon yang akan ditandingi mereka.

Misalnya, calon PKR di Parlimen Hulu Rajang kini menghadapi krisis di mana terdapat banyak nama yang berminat untuk dicalonkan atas tiket PKR. Ini mungkin baik untuk PKR kerana ramai yang berminat tetapi ini juga buruk bagi PKR kerana kebanyakan calon yang berminat hanya menunjukkan ‘ala kadar sahaja’.

Selain isu calon, suatu cerita yang menarik untuk dikongsikan bersama kepada rakyat Sarawak khususnya mengenai PKR di Belaga sendiri. Ini susulan daripada kehadiran Anwar Ibrahim atau kini dengan nama komersialnya Mr Mansuh di Uma Badeng.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, ada krisis yang akan dibongkarkan oleh seorang pengikut kuat (Pengarah Operasi Program PKR) dari Uma Bakah akan dikeluarkan yang telah menyebabkan Uma Bakah kini tidak menyokong PKR. Semua ini akan dibongkarkan oleh blogger Asap Koyan.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger