Saturday, March 30, 2013

PKR JOHOR DAHULUI KEPUTUSAN PAKATAN PEMBANGKANG PUSAT DALAM AGIHAN KERUSI DI DUN JOHOR



Naib Pengerusi PKR Johor, Hasan Karim berkata MPN Johor bertegas tidak akan bertolak ansur berhubung kerusi DUN Johor Jaya yang sudah 'dikunci' dan milik PKR. Selain DUN Johor Jaya, DUN Tangkak dan Pangkalan Rinting serta Parlimen Segamat juga milik PKR.

"...kita memutuskan kerusi Parlimen Segamat, DUN Johor Jaya dan DUN Tangkak adalah milik PKR.

PKR Johor juga sedang menyasarkan 5 lagi kerusi di DUN Johor. Ini disebabkan PAS bertanding terlalu banyak kerusi DUN iaitu lebih 30 daripada 56 kerusi DUN di Johor.

Tegas Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Dr Ahmad Faidhi Saidi, keputusan untuk bertanding di semua kerusi itu dicapai pada mesyuarat MPN 28 Mac lalu yang dihadiri hampir 90 anggota MPN negeri.  

Pengarah Biro Guaman PKR Johor Jimmy Puah Wee Tse telah dinamakan sebagai calon PKR di kerusi DUN Johor Jaya.

Pada masa sama, kedengaran desas-desus Lim Kit Siang turut 'mengintai' DUN Johor Jaya. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger