Sunday, March 17, 2013

RAKYAT MALAYSIA SANGAT MARAH HINGGA PATUNG TIAN CHUA DIBAKAR



Kejadian ini jarang dilihat di Malaysia tetapi kerap dilihat di negara-negara Eropah dan Asia Barat khususnya dalam membakar patung pemimpin Yahudi Israel di Palestin dan Presiden Amerika Syarikat (AS) di beberapa buah negara. Ini sebenarnya menunjukkan protes rakyat secara aman tanpa melibatkan pertumbahan darah.

Namun, kejadian membakar patung yang menyerupai Naib Presiden PKR, Tian Chua dilihat bukti kemarahan rakyat Malaysia sudah sampai ke kemuncak. Kemarahan ini meliputi seluruh negeri di Malaysia dan banyak laporan polis dibuat. Tujuannya hanya satu iaitu menunjukkan bahawa rakyat Malaysia marah atas keceluparan mulut Tian Chua yang mempertikaikan kematian pejuang negara di Lahad Datu dan mengaitkan UMNO sebagai parti orang Melayu.

Peristiwa membakar patung Tian Chua dilakukan oleh beratus orang penduduk di Kampung Jerong Surau dan beberapa kampung lain di sekitarnya keluar malam ini bagi turut menunjukkan reaksi mereka dengan membakar patungnya selain menyatakan kesal dengan sikap pemimpin pembangkang yang lain kerana cuba mempolitikkan isu itu, malah mempertahankan Tian Chua.

Sebelum aksi membakar patung Tian Chua, penduduk telah melancarkan kutipan derma bagi Tabung Pahlawan Wira Lahad Datu bagi memberi peluang kepada penduduk setempat menghulur derma untuk keluarga anggota keselamatan yang terbunuh.

Sehingga kini, tiada kedengaran PKR mahupun Pakatan Pembangkang yang lain mengadakan kutipan derma bagi pejuang-pejuang yang terkorban dalam kejadian di Lahad Datu. Agaknya mereka ini tiada langsung hati kemanusiaan. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger