Monday, March 4, 2013

SERAMAI 6,000 ORANG HADIRI CERAMAH PAS DI KOTA SAMARAHAN



Biarpun kehadiran Nik Abduh anak kepada Nik Aziz dan Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasharuddin Hassan serta penampilan istimewa Mel Wing ke Sarawak bagi menyampaikan ceramah politik di Kota Samarahan dalam Pentas Anak Muda (Mansang Ngelaban) pada 2 Mac lepas (Sabtu) namun sambutannya masih tetap sama. Sangat mengecewakan!!!

Dianggarkan sejumlah 60 orang sahaja penonton yang hadir berbanding target mereka seramai 2,000 seperi mana yang pernah dicatatkan PKR dalam penganjuran Ceramah Merdeka Rakyat sebelum ini.


Menggunakan taktik membawa Mel Wing untuk menarik perhatian anak muda di Kota Samarahan, tetapi sambutannya masih mengecewakan. Ternyata percaturan PAS Sarawak di Kota Samarahan tidak membuahkan hasil dan apakah ini juga akan terjadi kepada calon PAS di Kota Samarahan pada PRU-13 akan datang?

Yang pasti kedua-dua orang kuat Pemuda PAS Pusat itu akan mengingati dan ‘bertaubat’ tidak akan hadir lagi ke Sarawak disebabkan sambutan rakyat yang sangat mendukacitakan. Difahamkan ceramah itu diadakan di kawasan perumahan yang mempunyai kepadatan penduduk dan pernah diadakan Ceramah Merdeka Rakyat anjuran PKR pada awal Januari lepas.

Bezanya ceramah PKR di Kota Samarahan mendapat sambutan berbanding ceramah PAS yang audiennya sangat mengecewakan. Kebanyakan audiennya hanyalah terdiri daripada ahli-ahli PAS dan bukannya penduduk tempatan.

3 komen:

  1. memanglah takde sambutan .. cuba jemput Karpal Singh buat tarian "pole dance" .. dengan aku sekali pergi ceramah tu .. kekeke!!!

    ReplyDelete
  2. Bagitu lah nasib pas pis pus bila bertuan Sutan Anuar saudara jauh Sutan AlKarrami Sulu AlJuburi

    ReplyDelete
  3. Aku dah cakap. bagi arip ameran tanding kat situ. Sekarang apa jadi? Penyokong PKR pun dah boikot.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger